CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah Nasib, Elly Mazlein Urus Majlis Aqiqah Anak Sendirian

2-2-2017 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17769| Komen: 152|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seakan tidak habis dirundung malang, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kali ini terpaksa berseorangan menguruskan majlis aqiqah anaknya, Putri Sara Sefhia.
Foto: IG Elly Mazlein

Seakan tidak habis dirundung malang, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kali ini terpaksa berseorangan menguruskan majlis aqiqah anaknya, Putri Sara Sefhia.

Bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta langsung tidak menghadirkan diri ke majlis atau memberikan respons  walaupun sudah dimaklumkan tentangnya.

Foto: IG Elly Mazlein
“Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia. Saya uruskan persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu," kata Elly kepada Astro Gempak.


Menurut Elly lagi, sebelum ini memang bekas suaminya ada merancang untuk mengadakan majlis tersebut namun sehingga puterinya berusia 11 bulan masih tiada khabar berita dan ini menyebabkan Elly menguruskannya sendiri.

Foto: IG Elly Mazlein
“Alhamdulillah, akhirnya majlis ini berjalan lancar. Semuanya berjalan dengan baik. Saya sangat berterima kasih kepada pihak yang membantu, sebagai contoh pihak Damalee Wedding yang memberi tajaan pelamin aqiqah Sefhia, pihak Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan banyak lagi.”

Begitu risiko yang perlu ditanggung oleh wanita yang bergelar ibu tunggal. Semoga Elly terus bertabah dalam menjalani liku-liku kehidupan yang mendatang ya. -CARI
Foto: IG Elly Mazlein
34

Bagus
23

Marah
32

Terkejut
26

Sedih
27

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hemoh2 2-2-2017 12:27 PM
muka anak...sebijik muka lakii
mohon bertabahlah hakak linaaa
Quote lil_honey 2-2-2017 12:53 PM
geram nyeee aku nak betulkan tudung sheols tu
Quote shanshero 2-2-2017 12:56 PM
o ye ke. sampai berjurai2 air mata tengok dalam
hlive semalam
Quote skymania 2-2-2017 01:01 PM
poyo... tak payahlah gegeh nak buat besar2..
Quote ramaramu 2-2-2017 01:07 PM
rezeki anaknyaa
Quote terpaku 2-2-2017 01:10 PM
smalam dalam hlive macam orang tak betul je..macam pompuan psycho..dok jawab lambat2 bajet2 manja comel..geli
Quote aldilla_zahraa 2-2-2017 01:11 PM
Dia datang pun kau carut, dia tak datang pun kau carut. Maka apa bezanya?
Quote aldilla_zahraa 2-2-2017 01:12 PM
Tp xdinafikan elly makin cantik lepas beranak. Pakai tudung herot berot pun still nampak manis
Quote da_vinci 2-2-2017 01:14 PM
lil_honey replied at 2-2-2017 12:53 PM
geram nyeee aku nak betulkan tudung sheols tu

ko mcm anak aku laaaaaa....tak senang duduk klu tgk pompan len pakai tudung senget benget
Quote noraidil_06 2-2-2017 01:16 PM
X pe la k.lina, bkn wajib pun majlis ni.kang jantan x gona ni msk campur lg u stress.hidup lg indah without him rasenye
Quote da_vinci 2-2-2017 01:16 PM
cenihh laaa kak lina pompom, senornya x laki ko fulus tarak
Quote matchstick 2-2-2017 01:18 PM
anaknya muka mcm baby boy sbb ikut muka ex- laki sheols sebijik
Quote fishcracker 2-2-2017 01:19 PM
ala...apa nak disedihkan,ramai aje kat luar sana yang langsung takde peluang nak buat majelis aqiqah anak sendiri
Quote fulusss 2-2-2017 01:25 PM
mengada ngada... pls la
Quote AppropriateNick 2-2-2017 01:25 PM
fishcracker replied at 2-2-2017 01:19 PM
ala...apa nak disedihkan,ramai aje kat luar sana yang langsung takde peluang nak buat majelis aqiqah ...

wow..bnyak sponsor..pom pom sikit uolss
Quote matseh 2-2-2017 01:29 PM
Selalunya perempuan ikut muka ayah, lelaki ikut muka emak. Makin lawa pulak si elly ni. Nasib baik aku golongan  cukup2 makan, kalau tak dah sah offer buat single terbaru. Atau berlakon slot drama pukul 7 mlm TV3. "Inspirasi dari cerita sebenar" Sbb kisah hidup dia sama mcm drama. Cerita Sama tapi pelakon lain2.
Quote hzln 2-2-2017 01:30 PM
ok, ini berita yg sangat menyedihkan hari ini
berjuraian air mata air hidung akak
kalah berita kucing tersepit celah autogate sampai lumpuh semalam
hat tu buat akak kemurungan seharian jah
Quote fifie_olin 2-2-2017 01:31 PM
ex laki sheols x dijemput ke...
ke mmg x nk dtg dok bz dating
Quote fishcracker 2-2-2017 01:34 PM
AppropriateNick replied at 2-2-2017 01:25 PM
wow..bnyak sponsor..pom pom sikit uolss

syukur ade orang nak seponserrrrr..lapar pulak tengok pulut kuning  

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062940 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top