KUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Seorang pesakit lelaki yang menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hanya mampu melihat telefon bimbit miliknya yang disorokkan di bawah bantal diambil pencuri, dalam kejadian awal pagi semalam. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, disebabkan terlalu uzur dan dalam keadaan sakit, mangsa berusia 40-an tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan hanya melihat sahaja telefon bimbit miliknya dilarikan suspek berusia 28 tahun. “Suspek menghampiri mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum perlahan-lahan menarik telefon bimbit yang disorokkan di bawah bantal. “Mangsa yang hanya 'tidur-tidur ayam' tersedar kehadiran suspek yang sememangnya dikenali tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana uzur dan hanya membiarkan sahaja suspek melarikan telefon bimbitnya,” katanya, semalam. Sumber berkata, suspek berasal dari Kampung Batu Rakit, di sini, dipercayai berjaya masuk ke dalam wad pada waktu berkenaan kerana menunggu ahli keluarganya yang juga menerima rawatan di hospital tersebut tetapi ditempatkan di wad berlainan. “Suspek dipercayai tidur di hospital kerana menunggu ahli keluarganya yang sakit di wad empat, namun dia mengambil kesempatan masuk ke dalam wad mangsa di wad enam untuk mencuri ketika pesakit sedang berehat. “Sejurus mencuri telefon bimbit berkenaan dan bagi mengelak perbuatannya disedari orang awam, suspek terus turun ke wad empat semula,” katanya. Jelasnya, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada isterinya berusia 39 tahun yang baru tiba untuk melawatnya beberapa minit kemudian, sebelum isterinya membuat laporan polis. “Suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 6 pagi iaitu setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut di dalam kawasan wad HSNZ,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
|
21
Bagus |
16
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
xAthenax posted on 13-8-2013 10:24 AM
orang solat dalam masjid pun bag kena curi
ini kan pulak di spital
pencuri tetap pencuri tidak kir ...
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:17 AM
wei...tak berbaloi mencuri hset yang jika dijual laku berape sen je .... tak pro langsung...setengah ...
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:28 AM
orang ditimpa musibah pun nak dicuri juga barang...tapi memang pro la abng polis...1/2 jam je menc ...
SulurBidar posted on 13-8-2013 10:43 AM
Biasanya, ini M.O mat pet...
asal ada brg boleh dijual, maka itulah yg disambar..
xAthenax posted on 13-8-2013 10:48 AM
tu lah pasal
pencuri ni tak kira masa dan keadaan
rasanya gen curi dalam sel2 kuat sangat
mak_wa95 posted on 13-8-2013 11:05 AM
geng mat pet ni haduii menyusahkan orang betul....dah tu pilih orang yang dia kenal pula memang ca ...
axl_bach posted on 13-8-2013 10:16 AM
mana ada ziarah nih bro....kol 5.30pg kot....mamat tu penjaga pesakit lain tu....kan ada ditulis dlm ...
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:28 AM
orang ditimpa musibah pun nak dicuri juga barang...tapi memang pro la abng polis...1/2 jam je menc ...
ADVERTISEMENT