CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mimpi Ngeri, 33 Jam Terapung Bersama Mayat

31-1-2017 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5979| Komen: 37

33 jam terapung di tengah-tengah lautan luas merupakan suatu pengalaman buruk buat 20 pelancong China, mangsa bot karam di Pulau Mengalum, Kota Kinabalu Sabtu lalu. Paling tidak dapat dilupakan adalah mereka terapung bersama mayat rakan!


Menurut seorang mangsa, Fan Li Xia, 40, kesemua pelancong lain termasuk dia saling diikat dengan jaket keselamatan serta berpegangan tangan hanya mampu memandang salah seorang daripada mereka mati akibat kehabisan tenaga. 


Foto: Utusan Online

“Pada waktu itu, saya hanya fikir kami semua juga akan mati memandangkan telah 33 jam terapung di laut. Kami kemudian membuat keputusan melepaskan ikatan tali pada rakan lelaki yang telah mati hingga dia hanyut,” katanya kepada Utusan Online.


Selain tiada bekalan makanan, mereka berdepan angin kencang dan ombak besar sebelum diselamatkan di perairan Samarang, Labuan.

Li Xia dipercayai berasal dari Suzhou, China itu bersama 11 lagi rakannya datang ke Kota Kinabalu sejak 26 Januari lalu untuk bercuti sebelum tujuh daripada mereka memutuskan untuk ke pulau berkenaan.

Namun, selain daripada enam rakannya itu, dia tidak mengenali pelancong lain ketika bertolak dari jeti Kampung Tanjung Aru.

Menurut Li Xia, kejadian itu berlaku bukan disebabkan bot berkenaan terbalik, sebaliknya dimasuki air sebelum karam.

“Nasib baik kami semua dibekalkan jaket keselamatan dan suasana menjadi panik pada waktu itu,” katanya.

Terdahulu, tiga mayat pelancong warga China termasuk mayat seorang wanita ditemui di perairan Semarang, Labuan, kelmarin. - CARI



2

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 31-1-2017 12:15 PM
iols memang phobia naik boat/ferry. i dont swim
Quote dauswq 31-1-2017 12:19 PM
tak perasan thread ni kt CI..

korg tak de bincnag kah?
Quote shamsadis 31-1-2017 12:32 PM
musim tengkujuh pun ada bawak pelancong, dulu aku kerja kat Tioman zaman 90an, musim tengkujuh orang kampung je boleh pergi ke Pulau, kalau pelancong tu, nasib2 je
Quote nononcrux 31-1-2017 12:39 PM
shamsadis replied at 31-1-2017 12:32 PM
musim tengkujuh pun ada bawak pelancong, dulu aku kerja kat Tioman zaman 90an, musim tengkujuh orang ...

risiko tanggung sendiri kalau dah stop pon still nak jugak naik ferry.
Quote chinta89 31-1-2017 12:50 PM
mayat yg hanyut tu jumpa ke tak..
Quote samasam90 31-1-2017 01:07 PM
so kesian acik. semoga cepat sembuh.

p/s: annoying dgr reporter kat tv3suku report berita ne. pffft
Quote lasagnaklcc 31-1-2017 01:17 PM
Lama tu dlm air.... Melepuh kulit masing2.
Quote pakis_hutan 31-1-2017 01:28 PM
Starting jumaat takde ribut or whatsoever. Cuaca sgt cantik di KK. Aku suspect overloaded. 31 orang satu bot.
Quote batmana 31-1-2017 02:48 PM
membe yg army cite ,
pi naik boat tu bagus
tapi klu boat tkde kelengkapan, lifeboat ke apa, baik takyah la naik
lainla mu bekas ex-comando cam bear grylls tu.

Quote manehnya 31-1-2017 03:01 PM
sedihnya huhu.. benda dh nk jadi, kalu x jadi msti best ja

pernah naik boat dr semporna to mabul n vicinity, berdoa ja x jd apa2 n pakai life jacket pun x membantu kalau lama2
Quote Artemesiaa 31-1-2017 03:30 PM
Macam dalam pilem pulak pengalamannya tu.  Mesti trauma dengan pengalaman ngeri cam ni tambah sedih bila terpaksa lepaskan kawan tak bernyawa cam tu.
Quote famri7 31-1-2017 03:39 PM
Boat masuk air sebab bocor atau ombak kuat sis?
Quote leylapple 31-1-2017 03:51 PM
pakis_hutan replied at 31-1-2017 01:28 PM
Starting jumaat takde ribut or whatsoever. Cuaca sgt cantik di KK. Aku suspect overloaded. 31 orang  ...

33 on board..supposed ada 38 on board tp 5 orang tak dpt datang...lewat sampai kena tinggal (my fren yang kena)
Quote Loxlaxman 31-1-2017 03:58 PM
Kena pulak mayat tu melatah...jemmm.
Quote WhiskeyScotch 31-1-2017 04:01 PM
Mahu trauma seumur hidup. That's why I tak suka pantai/laut. Tak boleh.
Quote gigahertz 31-1-2017 04:03 PM
famri7 replied at 31-1-2017 07:39 AM
Boat masuk air sebab bocor atau ombak kuat sis?

bot dah uzur
Quote idakamaruddin 31-1-2017 04:05 PM
batmana replied at 31-1-2017 02:48 PM
membe yg army cite ,
pi naik boat tu bagus
tapi klu boat tkde kelengkapan, lifeboat ke apa, baik t ...

lesson learned

ms iols nk g gilitrawangan dr port lombok dh la masa tu mlm mmg xde life jacket, masa tu mmg nk smpai cpt je..dh la iols bw anak kecik umur 4 thn ngn parent n adik iols

pastu mlm plak tu



nsb xde pape selama 30 minit ats laut tu ya ampun melompat2 dlm boat,pastu blk pn sama xde life jacket nk cpt nk kejar flight..siang lg seram sbb nmpk kaler biru laut tu... ombak kuat sgt..dlm hati mmg baca n doa je moga selamat sampai

so sejak blk dr lombok iols x nk dh g pulau2 nk speed boat ni..seremmmm


Quote tagas 31-1-2017 04:08 PM
ni baru real ala2 movie

Life of p.i

getaway
Quote vespa_oren 31-1-2017 04:36 PM
aku stay labuan masa c.n.y tu, aku naik feri dari menumbok pun terasa bergoyang

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.273164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top