Malang nasib mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan, Pahang, apabila pusat pemindahan banjir itu pula dinaiki air selepas lima hari berlindung di situ.
Bernama melaporkan limpahan air dari Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan itu dinaiki air setinggi tiga meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata 112 mangsa merangkumi 27 keluarga dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai selepas jawatankuasa bencana mendapati paras air mencecah paras bahaya. "Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.
"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama. Tambahnya, proses pemindahan itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama anggota bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Dalam masa sama, seorang mangsa Hasliza Amanah, 43, memberitahu kejadian sama berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar. "Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Temai dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai. "Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala," katanya. - CARI |
8
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
R2D2 replied at 30-1-2017 10:26 PM
Kawasan Pekan banjir, Utusan tak berani pulak nak salahkan Ahli parlimen.
Kalau kawasan PR b ...
famri7 replied at 30-1-2017 08:09 PM
Saya dulu makan ubi keling atas perahu jah sis..sikit sore akan merasa konspenya.just make sure paka ...
R2D2 replied at 30-1-2017 10:26 PM
Kawasan Pekan banjir, Utusan tak berani pulak nak salahkan Ahli parlimen.
Kalau kawasan PR b ...
highcastle replied at 30-1-2017 08:52 PM
Harap ahli parlimen Pekan turun padang melawat............
leylapple replied at 31-1-2017 02:54 PM
dia melawat dalam laman sosial ajer..
koser nak lawat Pekan nie...
ADVERTISEMENT