Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) awal pagi tadi menahan tujuh pasangan apabila mereka gagal mempamerkan kad nikah atau sebarang bukti sah menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri.
Menurut Utusan Online, kesemua pasangan terbabit berusia antara 23 hingga 53 tahun dan ditahan semasa berdua-duaan di hotel penginapan masing-masing. Utusan Online melaporkan operasi khas pencegahan jenayah syariah itu dilaksanakan pada jam 10.30 malam hingga 2.30 pagi tadi membabitkan 15 anggota dan pegawai penguat kuasa JAIM di lima buah hotel sekitar daerah Melaka dan Alor Gajah. Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Noraminuddin Azis berkata pasangan terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka. - CARI
|
FARRAZOOL replied at 30-1-2017 02:31 PM
Umur ada yg dah 53 tahun tu..Gigih jugak panjat hotel utk celebrate CNY??
cHimo replied at 30-1-2017 03:10 PM
Nak buat baby CNY laa tuhhh..
ADVERTISEMENT