CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Menyepi Dari Kaca TV, Cheryl Samad Rindu Berlakon

30-1-2017 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11281| Komen: 33|Original author: Oleh: Maly Rosli

Cheryl Samad yang sebelum ini mengakui sanggup memperlahankan karier seninya kerana mahu menjaga sendiri anak-anaknya tidak menafikan dia rindu untuk kembali dalam dunia lakonan.



Foto: IG Cheryl Samad

Pun begitu, Cheryl menafikan pembabitannya dalam dunia seni adalah untuk mengejar popularity semata-mata, sebaliknya mahu menajamkan lagi bakatnya sebagai pengacara dan pelakon.

Cheryl menjelaskan sebagai isteri dan ibu, dia perlu mengutamakan keluarga terutama dua anaknya iaitu Stella, 3, dan Kate, sembilan bulan yang masih memerlukan perhatian daripadanya.

“Saya akui fokus kini pada anak dan suami. Tanpa disedari, sudah lama saya berehat sebagai pelakon,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Cheryl, dia tidak boleh meninggalkan anaknya untuk masa lama memandang sesi penggambaran mengambil masa yang sangat panjang.

“Terus terang, saya merindui bidang lakonan dan mahu melihat produk saya ditayangkan di TV. Bagaimanapun, masa memang tidak mengizinkan untuk saya kembali ke set penggambaran.

“Tahu sajalah penggambaran ambil masa yang sangat panjang. Saya pula jenis tidak boleh tinggalkan anak untuk masa yang lama,” katanya.

Namun, tidak bermakna Cheryl langsung menyepikan diri dari dunia pengacaraan, malah dia masih aktif cuma bukan untuk program komersial. Cheryl akui meraih banyak pengalaman baru sejak mengacara majlis korporat dan acara tertutup.

“Apabila dapat banyak peluang mengacara program tertutup dan korporat, ia beri angin baru buat saya. Tak kisahlah acara rasmi atau santai, kini lebih mudah untuk saya tukar cara pengacaraan agar sesuai dengan kehendak penganjur,” katanya.

Semoga Cheryl kembali beraksi di kaca televisyen dengan lebih mantap dan bertenaga suatu hari nanti. - CARI

18

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 30-1-2017 12:36 PM
Sorry mengacara bagus tp blakon kayu
Quote enchikfitz 30-1-2017 12:40 PM
Better stick with her forte lah. Lagipun drama2 sheols x byk dan sesuai untuk urbanites. Tak pernah tgk sheols berlakon any drama pprt pun.
Quote armin 30-1-2017 12:49 PM
Rasa better jaga anak jelah, anak pun baru 9 bulan. Nak kerja lagi buat apa laki pun dah kaya. Buat duit dgn bisnes lagi bagus lah. Boleh upah staff managekan.
Quote Changa 30-1-2017 12:56 PM
Dah nak cerai ke sis? Rindu bagai
Quote momomikomiki 30-1-2017 01:29 PM
Rindu berlakon tapi anak kecik lagi.. camne tu..
Quote no_el 30-1-2017 01:34 PM
Dia ni suara sedapnya bila mngacara. Sgt petah.
Patut tv3 pegang dia ni utk talk show.
Quote FARRAZOOL 30-1-2017 02:28 PM
Kurang minat dgn dia ni.
Quote ReginaGeorge 30-1-2017 03:24 PM
Sebagai pengacara ok, i rasa dia antara yg terbaik. Dia ada bakat berlakon cuma kena peka la cari mana watak sesuai. Tp apepon lbh baik sheols stay home jaga anak. Masih kecik lg tuh..tak pasal2 stress. Tak pasal2 terpalit gossip.
Quote Manjahati 30-1-2017 04:44 PM
Anak ko kecik lg ler dik... Baik dok jer umah uruskan anak-anak dulu
Quote pichee 30-1-2017 04:45 PM
Mcm hint2 je
Quote mrsLucky 30-1-2017 06:00 PM
Laki dia comel...macam baby besar...
Anyhow i suka dia mengacara...tak pernah nampak dia berlakon..
Quote gigahertz 30-1-2017 08:14 PM
armin replied at 30-1-2017 04:49 AM
Rasa better jaga anak jelah, anak pun baru 9 bulan. Nak kerja lagi buat apa laki pun dah kaya. Buat  ...

laki dia Chinese kah sis?
Quote miszaimi 30-1-2017 08:31 PM
i suke die berlakon crite 8 tv tu dengan host nas jalan2 cari mkn ..pasal ghost ..lupe tajok die...best crite tu.
Quote amon_79 31-1-2017 07:23 AM
si Cheryl ni kira lambat dpt anak ker... rasanya lama dah dia kawin... umur dia pon dh masuk awal 40an xsilap...
Quote cocokerunch 31-1-2017 08:30 AM
miszaimi replied at 30-1-2017 08:31 PM
i suke die berlakon crite 8 tv tu dengan host nas jalan2 cari mkn ..pasal ghost ..lupe tajok die...b ...

Citer tu tajuk "Ghost"
Best kan! Rindu citer2 urban mcm tu..dlm citer tu cheryl ni pegang watak org yg nmpak roh org dh mati kan (nas)..reefa apa entah namanya jadi PA nas yg setia ngn nas wpun nas dah mati..diorg carik sapa pembunuh sebenar nas. Best citer tu. Byk pengajaran..
Quote cocokerunch 31-1-2017 08:35 AM
miszaimi replied at 30-1-2017 08:31 PM
i suke die berlakon crite 8 tv tu dengan host nas jalan2 cari mkn ..pasal ghost ..lupe tajok die...b ...

https://youtu.be/u9WbYRJc1uU
Quote Kak-Leen 31-1-2017 09:51 AM
Harapnya ni bkn hint. Baik jaga anak2 dulu.
Quote Nt-ViruS 31-1-2017 12:23 PM
umo den 24 tahun niha baru den tau dia ni berlakon, ingt mengacara je.
Quote felinecat 31-1-2017 12:38 PM
spekuan forumer, klu dh start rindu berlakon

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.155420 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top