CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Warga Bangladesh Maut Tertimbus

25-1-2017 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4048| Komen: 21

Dipercayai akibat hujan lebat menyebabkan terjadi kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kuala Terla pada awal pagi Rabu sehingga mengakibatkan seorang pekebun bunga warga Bangladesh ditemui mati tertimbus. 


Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Hasadid A. Hamid berkata mangsa yang dikenali sebagai Md Belel Miidha ditemui maut akibat tertimbus di bawah timbunan tanah dalam kejadian sekitar 3 pagi itu.

Semasa kejadian mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai sedang tidur dalam sebuah bangsal atau pondok yang didirikan di lereng bukit sebuah kebun bunga, ujar DSP Hasadid A. Hamid. 

Tambahnya, pemilik kebun bunga berkenaan telah dihubungi untuk ke lokasi kejadian dan mendapati dua orang pekerjanya sedang mengeluarkan mayat mangsa sesampainya beliau di kebun bunga tersebut.

Menurut keterangan saksi iaitu pekerja pemilik kebun bunga berkenaan, ketika kejadian mangsa tidak sempat melarikan diri sebelum tertimbus di dalam runtuhan lumpur itu. 


Mayat mangsa telah dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.- CARI

sumber foto: Astro Awani

17

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 25-1-2017 07:12 PM
Takziah diucapkan.
Quote ronapink 25-1-2017 07:38 PM
Edited by ronapink at 25-1-2017 07:42 PM

siannya, mati sbb xsempat lari..

3.00pg sedap tidur kut.
Quote jazaa100 25-1-2017 08:08 PM
Kesian.....

Dtg sini nk cari nafkah...tetiba jd mcm ni...

Quote shara154 25-1-2017 10:51 PM
La kesiannya.takziah
Quote ellejo 25-1-2017 10:57 PM
Tidor kat bangsal kebun, tak sempat lari.
Cemana kluarga beliau disana
Quote Decaffeinated 25-1-2017 11:04 PM
harap beliau tidak suffer much...

innalillah....

Quote FanTasyCreaTioN 25-1-2017 11:12 PM
moga pemilik kebun bunga tu memberi saguhati kepada keluarga mangsa

Quote HannahMontana 25-1-2017 11:32 PM
kurang sekor langau ...lainlah kalau yg mati tu mcm shah rukh khan harus kita tangisi.
Quote FARRAZOOL 25-1-2017 11:41 PM
Kesian..tgh tido dlm bangsal kat lereng bukit pkl 3am.
Quote ustazahLASER 26-1-2017 01:34 AM
Takziah......
Quote boyagombak 26-1-2017 01:53 AM
Kan dah larang teroka secara haram tanah di CH tp puak2 degil keras kepala x fikir psl alam sekitar yg rosak. Skrg bak kata Changa, bayar cash la. Sengaja menempah maut. Musim hujan ni taula tanah tu tinggi ka rendah
Quote huehue 26-1-2017 02:05 AM
Takziah. Semoga family dia tabah. I kesian kalau foreign labour macam bangla ni kena macam ni. Yalah dia nak kerja je kan. Sebab i kenal ramai bangladeshi dekat luar malaysia and theyolls very friendly (well of course yang ni bangla high class lol).

Tapi kalau dia jahat memang simpati i kurang 50%
Quote kentel 26-1-2017 08:06 AM
so @Changa nak ucap cash atau takziah ni?
Quote LostStar 26-1-2017 05:19 PM
kesian meninggal d negara orang..
Quote liyanur 26-1-2017 05:51 PM
tempat2 lain kat pahang dah start banjir kan...
xde sapa ke buka thread pasal banjir ni...
Quote Artemesiaa 26-1-2017 06:01 PM
Kalau dah hujan perpanjangan cam sekarang ni bukan yang duduk kat kawasan rendah je bimbang kalau banjir, yang duduk kat tanah tinggi pun mau bimbang sama takut tanah runtuh cam dalam kes ni
Quote NAT_11 26-1-2017 06:22 PM
Alhamdullilah.............inilah kesan  meneroka tanah haram.
Baik tak baik tuan kebun pun BANGLA.
Elok sama-sama ditimbus tanah.
Quote ronapink 26-1-2017 06:34 PM
NAT_11 replied at 26-1-2017 06:22 PM
Alhamdullilah.............inilah kesan  meneroka tanah haram.
Baik tak baik tuan kebun pun BANGLA.
...

sama sama bangla la ni
Quote Muntz 26-1-2017 06:36 PM
FanTasyCreaTioN replied at 25-1-2017 11:12 PM
moga pemilik kebun bunga tu memberi saguhati kepada keluarga mangsa

Biasanya kalau employer yg smart, diorg akan beli insurans berkelompok utk pekerja2 mereka. Bila ada kematian mcm ni, claim insurance, dpt lah beberapa ribu. Duit tu pass sebahagian dgn keluarga si mati, seolah2 mcm 'gift' dan menampakkan mereka concern.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078056 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top