Kuih bakul atau 'Nian Gao' sememangnya merupakan sejenis kuih tradisional yang wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, namun tentu tidak ramai menyangka bahawa ada juga gadis Melayu yang mampu menghasilkannya.
Dilaporkan kuih bakul yang dihasilkan seorang gadis Melayu berusia 20 tahun yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) bukan sahaja mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan masyarakat setempat malah di luar negara. Hasil mempelajari cara pembuatan kuih bakul dari sahabat Facebooknya yang berasal dari Beijing, China dua tahun lepas, kuih bakul Haziqah Nurul Huda Harun atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, sentiasa 'menjadi' walaupun ada yang menyatakan penghasilan kuih bakul mempunyai banyak pantang larangnya. Ternyata, kuih bakul yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula hasil resepi gadis berkerusi roda ini lebih enak, apabila menerima tempahan tinggi iaitu 4,000 biji sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini dan tahun lepas beliau turut menerima tempahan 500 biji dari Singapura dan Qatar.
Yaya yang tinggal di Kampung Bukit Kuang, Kemaman, lumpuh selepas mengalami demam panas empat tahun lalu, berkata beliau mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan kuih bakul bermula daripada proses mengadun, mengukus sehinggalah proses pembungkusan. Berkongsi saat getirnya, Yaya berkata suatu ketika beliau pernah menganggap masa depannya hancur apabila beliau tidak dapat menguruskan diri dan hanya mampu terlantar hampir dua tahun. Gadis cekal ini berkata beliau berhasrat membuka bengkel dan menggaji pekerja untuk memenuhi permintaan pelanggannya.- CARI |
41
Bagus |
25
Marah |
30
Terkejut |
19
Sedih |
29
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jajabeans replied at 25-1-2017 03:57 PM
Gamba yaya pls thumbs up utk yaya
pulauturtle replied at 25-1-2017 03:49 PM
kira mitos cina tak langgang business melayu tu finah la
aHoi83 replied at 25-1-2017 04:00 PM
Ejaan u olls nampak cina sangat
ADVERTISEMENT