Baru-baru ini media sosial heboh dengan trend "Mannequin Challenge" dan "Om Tolelet Om", kini wujud pula trend terbaru iaitu "Mahmud Challenge" yang mula menjadi fenomena di Indonesia sejak sebulan lalu.
Para ibu-ibu muda di negara jiran itu kini semakin ramai menyahut cabaran baru ini dan kemungkinan besar fenomena ini akan merebak ke seluruh dunia. Jadi apa itu #MahmudChallenge dan bagaimanakah bentuk cabarannya? Menurut bahasa Indonesia, "Mahmud" merupakan singkatan daripada perkataan "mamah" yang bermaksud ibu, muda dan sangat menawan. Menurut Coconuts Jakarta, perkataan paling dekat dengan istilah itu adalah “MILF” apabila digunakan dalam perbualan seharian.
Cara cabarannya adalah ibu-ibu muda perlu memuat naik gambar di media sosial dalam dua situasi berbeza. Situasi pertama haruslah memakai pakaian seharian dirumah yang lebih dikenali di Indonesia dengan gelaran “dasters,” kemudian bergambar dengan bayi mereka. Situasi kedua ibu-ibu haruslah bergambar solo selepas berdandan dan berpakaian cantik. Cabaran #MahmudChallenge haruslah diletakkan kapsyen, “Jangan remehin emak-emak berdaster, karena kalo mereka dandan Kelar idup lo,” atau maksudnya, “Jangan memandang rendah ibu-ibu surimah, kerana sekali mereka memakai pakaian cantik dan berdandan, anda boleh meninggal.” Tujuan cabaran #MahmudChallenge adalah untuk membuktikan bahawa ibu-ibu masih boleh bergaya walaupun mengalas tanggungjawab besar sebagai ibu. Selain daripada itu, cabaran ini juga untuk memberi mesej bahawa ibu-ibu muda boleh mengubah penampilan menjadi cantik dalam sekelip mata. Jadi buat para suami, hargailah pengorbanan isteri anda yang sudah bergelar ibu kerana kalau mereka sudah berdandan, jawabnya banyaklah mata lelaki diluar sana yang memandang. - CARI. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
12
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT