Sudah menjadi trend artis tanah air untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebagai punca pendapatan kedua. "Kena ingat, menjadi selebriti bukan platform mudah nak jual barang. Memang ada orang kata letak sahaja produk label Ziana Zain pasti orang beli."
Demikianlah kata-kata Ziana Zain yang menolak tanggapan segelintir pihak bahawa selebriti jelita itu menjadikan popularitinya sebagai jalan mudah untuk mengusahakan perniagaan tudung yang baru diceburinya. Penyanyi, Siti Roziana Zain, 49, bercerita serba sedikit mengenai liku-liku yang perlu ditempuhinya dalam dunia perniagaan sama seperti peniaga lain. "Nama sahaja tak cukup jika tak lalui proses yang betul. Saya kena fikir strategi pemasaran supaya orang tahu produk apa yang dijual," jelasnya.
Menurut mStar Online, ada juga pembeli yang bersungut berhubung mutu tudung Ziana yang menggunakan label Ziana Zain's World. "Kalau boleh tak mahulah ada pembeli yang merungut. Saya cuba pastikan semua produk yang dikeluarkan berada dalam keadaan baik. "Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk rungutan pembeli kerana mutu jahitan yang kurang memuaskan. Bila ada yang bersungut, saya akan tukar dengan produk baharu," katanya kepada mStar Online. Kepada pembeli tudung keluaran Ziana Zain's World yang 'cerewet', jangan risau ya kerana Ziana berjanji akan memastikan produk keluarannya itu memenuhi standard yang dijanjikan. "Saya sendiri sangat cerewet pilih kain untuk dipakai, jadi bila nak bagi orang pakai tudung keluaran saya pun perlu dipastikan agar ianya betul-betul berkualiti," katanya. Ada sesiapa di sini berminat dengan koleksi tudung keluaran Ziana Zain's World itu tak? - CARI
|
10
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 25-1-2017 11:44 AM
Jual secara paksa la, suruh agent ambil borong semua collection. Chuols tetap untung, agent tak past ...
mieymiey replied at 25-1-2017 03:44 AM
Jual secara paksa la, suruh agent ambil borong semua collection. Chuols tetap untung, agent tak past ...
gigahertz replied at 25-1-2017 02:11 PM
ada yang sorang tu cerita 50juta sales dia . stokis dia boleh jual ke idak tak tahu.
tasha replied at 25-1-2017 12:30 PM
Mcm ada sorang tu buat yea...jualan kt dia meletop bkn main tp kt agen sendu jah
tasha replied at 25-1-2017 04:30 AM
Mcm ada sorang tu buat yea...jualan kt dia meletop bkn main tp kt agen sendu jah
chinta89 replied at 25-1-2017 02:39 AM
x fleksibel jual tusung.. sb tlalu ramai sgt dh. cuba jual brg lain.. tudung, perfume dah taboo sb r ...
ADVERTISEMENT