Kepincangan bateri merupakan punca kerosakan Samsung Galaxy Note 7 yang memperlihatkan produk itu ditarik semula pada tahun lalu.
Demikian pengesahan Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, Samsung hari ini melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat di Korea Selatan. Menurut kenyataan itu, hasil siasatan dalaman yang dijalankan mendapati masalah bateri merupakan punca insiden model telefon pintar tersebut meletup atau terbakar. Masalah itu bukan sahaja merosakkan reputasi sebagai pesaing utama produk syarikat Apple di Amerika syarikat (AS), malah juga menyebabkan syarikat berkenaan kerugian berbilion dolar. "Samsung memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini." "Samsung juga dan telah melaksanakan beberapa perkara bagi memastikan kejadian sama tidak berulang."
Ketua jabatan perniagaan Samsung, Koh Dong-jin memberi jaminan, beberapa perkara telah dilaksanakan bagi tujuan memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi di masa akan datang.- CARI |
ADVERTISEMENT