CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayang Menang Vokal Terbaik, Lelaki Teragung Juara AJL31

23-1-2017 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28042| Komen: 177|Original author: Oleh: Maly Rosli

Wah, tahniah Dayang kerana berjaya menjadi pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi!




Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dipersembahkan Dayang Nurfaizah itu berjaya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop. 

Bukan itu sahaja, malah BH Online melaporkan ini adalah kali ketiga Dayang turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Vokal Terbaik, sekali gus merangkul trofi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.  


Foto: NSTP


Lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai, nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. 

Manakala kumpulan Projector Band dengan lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif meraih tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana memenangi kategori persembahan Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. 

Semua kategori diadili juri profesional, termasuk Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Acara kemuncak berkenaan dikendalikan Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), selain turut menampilkan Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan. 


Berikut adalah senarai lagu dan penyanyi bertanding pada AJL31: 

- Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) 
- Terakhir (Sufian Suhaimi) 
- Sudah Ku Tahu (Projector Band) 
- Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah) 
- Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) 
- Ku Rela Dibenci (Aiman Tino) 
- Di Amaran Mama (Hazama) 
- Obses (Akim & The Majistret) 
- Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael) 
- Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof dan Mawi) 
- Hang Pi Mana (Khalifah) 
- Anugerah Terindah (Black) 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang! - CARI
19

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d_dalia 23-1-2017 08:24 AM
mula2 juara, lepas tu sebak dan lepas tu patut tak sheols undur diri

LOL..dah lah kita kepupusan female singer yg betul2 bagus..kalau dayang undur diri, mcm tak worth it je..
Quote nanazulkifli 23-1-2017 08:26 AM
d_dalia replied at 23-1-2017 08:24 AM
mula2 juara, lepas tu sebak dan lepas tu patut tak sheols undur diri

LOL..dah lah kita kepupusan  ...

Agree!!skrg nie susah nak jumpa penyanyi wanita berkualiti

Quote d_dalia 23-1-2017 08:29 AM
nanazulkifli replied at 23-1-2017 12:26 AM
Agree!!skrg nie susah nak jumpa penyanyi wanita berkualiti

khenn? toksah lah taboo sgt asal byk kali menang dlm AJL mesti wajib undur diri..unless mmg singer tu sendiri nak undur diri mcm Ct..

so pada iols, dayang tak perlu nak undur diri..teruskan memeriahkan AJL yach!!
Quote cikgojesss 23-1-2017 08:31 AM
abes takkan lah ummah nak hadap kak tino gred E tu pulak nyanyi kat AJL? hauch yach!
Quote Athrun.Zalaa 23-1-2017 08:36 AM
Ingat tahun dpn nk jd yg tlg bg hadiah tu sbb org biasa je kut... bkn vip atau ketua juri/juri... hahaha... hadiah ambik dr org biasa jer...
Quote novlin 23-1-2017 08:46 AM
motip segala retis nak undur diri bila menang berturut2 AJL..
retis juga perlu faham yg AJL adalah pengikhtirafan utk PECIPTA LAGU ( MELODI & LIRIK).
retis patut syukur sbb ada je komposer nak cipta lagu utk retis nyanyi... bila retis dh menang berturut2 fefeling mcm dia la cipta lagu tu... memang betul lagu yg baik, bila dinyanyikan oleh retis yg punya suara baik adalah 1 bonus... tp mohon supaya retis yg fefeling so bagus bila dh menang byk kali kt AJL terus nak tarik diri...nak beri laluan kt retis baru konon kekdahnya...

pandangan peribadi aku, kalo retis2 ni tarik diri bila tiap kali dh menang AJL, such a loser betul la...retis2 ni just nyanyikan lagu komposer jahh...  kalo komposer tak ada... mmg retis2 ni tak ada job la...melainkan retis2 ni boleh compose lagu sendiri.
Quote novlin 23-1-2017 08:47 AM
bila tak ada komposer nak bg lagu kt retis... populariti makin merundum...mula lah retis buat statement murahan "saya rindu nak beraksi di pentas AJL sebaris dgn pendatang2 baru'
Quote sepitsiput 23-1-2017 08:50 AM
if dayang produce good music, teruskan je, la bertanding utk komposer.. yg x bagusnya if dayang produce shit music tp atas faktor politik dia keep diberi peluang, itu wajar dihencap.

tbh, dayang set the bar high

dari segi lagu SMAC paling bagus, tp vocally lately sheols mmg hebat.
Quote da_vinci 23-1-2017 08:51 AM
kesian laaaaa kat komposer dan penulis lirik, ini pertandingan utk diorang ofkos la diorang nak penyanyi yg terbaik deliver lagu diorang
Quote nanazulkifli 23-1-2017 08:58 AM
d_dalia replied at 23-1-2017 08:29 AM
khenn? toksah lah taboo sgt asal byk kali menang dlm AJL mesti wajib undur diri..unless mmg singer ...

ramai yg lupa agaknya AJL nie pengiktirafan terhadap komposer n penulis lirik
Dayang just menyanyikan je n suara die mmg superb
x kan kte nak tgk fazura, amyra n etc (no offence to peminat fazura n amyra) bertanding ka AJL..
tu bukan lawan dieorg..
even skrg nie penyanyi lelaki berkualiti pun dah kurang..

Quote terpaku 23-1-2017 09:01 AM
sheols tak perlu berundur, juri2, penulis lirik haus yang patut bersara

seriuslah dayang cari penulis lirik yang lain please. join team FT ke... choy sgt2 lagu LT tu..downgrade sgt
Quote nanazulkifli 23-1-2017 09:01 AM
da_vinci replied at 23-1-2017 08:51 AM
kesian laaaaa kat komposer dan penulis lirik, ini pertandingan utk diorang ofkos la diorang na ...

betul tu..semua komposer n penulis lirik nak penyanyi terbaik berkualiti bawa lagu dioerg..
kalau i komposer n penulis lirik of cos i pun best singer bawa lagu i..
kesian dieorg..dayang mng vokal sbb mmg dah terbukti vokal die terbaik..
i bukan fan dayang..dgr lagu die pun x..
tp unfair kat die sbb die mng nak kena berhenti..
n unfair kat komposer n penulis lirik juga..
Quote enchikfitz 23-1-2017 09:02 AM
X de penyanyi berkualiti korang kutuk, penyanyi berkualiti menamg pun pun korang kutuk, lagu berkualiti korang kutuk, lagu haus pun korang kutuk. Apa yg korang nak sebenarnya? Baik end aje AJL senang kalau semua benda x puas hati
Quote ogata 23-1-2017 09:02 AM
sepitsiput replied at 23-1-2017 08:50 AM
if dayang produce good music, teruskan je, la bertanding utk komposer.. yg x bagusnya if dayang prod ...

SMAC tu apa sistur?
Quote nanazulkifli 23-1-2017 09:03 AM
Edited by nanazulkifli at 23-1-2017 09:10 AM
terpaku replied at 23-1-2017 09:01 AM
sheols tak perlu berundur, juri2, penulis lirik haus yang patut bersara

seriuslah dayang cari pen ...

yes2..dayang patut join FT management..
FT kalau buat lagu mmg superb..
tgk laa artis2 bawa FT lagu2 dieorg kena dgn suara n ikut trend semasa
walaupun smlm i rasa elizebeth n awi bawa lagu setia x best gila..hahaha
Quote terpaku 23-1-2017 09:05 AM
enchikfitz replied at 23-1-2017 09:02 AM
X de penyanyi berkualiti korang kutuk, penyanyi berkualiti menamg pun pun korang kutuk, lagu berkual ...

sister, meols tetap utuh menyokong dayang yach! mohon jangan terasa dgn meols
Quote terpaku 23-1-2017 09:05 AM
nanazulkifli replied at 23-1-2017 09:03 AM
yes2..dayang patut join FT management..
FT kalau buat lagi mmg superb..
tgk laa artis2 bawa FT l ...

lizzy dan awi mohon bersara jua. lizzy dgn suara mendesah tu rengsa yach!
Quote kiah_karok 23-1-2017 09:07 AM
ogata replied at 23-1-2017 09:02 AM
SMAC tu apa sistur?

Seandainya Masih Ada Cinta . Lagu dayang
Quote enchikfitz 23-1-2017 09:07 AM
terpaku replied at 23-1-2017 09:05 AM
sister, meols tetap utuh menyokong dayang yach! mohon jangan terasa dgn meols

Teruskan sokong dayang yach walaupun meols pun x brp nak hadam jugak juara tahun ni. Tp since iols minat dayang, ada iols kisah?  

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.120925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top