Sebelum ini pernah berlaku beberapa kes berhubung kumpulan individu yang bertindak membogelkan diri mereka di beberapa destinasi pelancongan di negara kita.
Antaranya pada Ogos tahun lalu, terdapat paparan YouTube berdurasi 5 minit 56 saat mengenai sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang. Manakala pada Oktober 2015, tersebar secara meluas di aplikasi WeChat dan WhatsApp beberapa gambar lelaki yang didakwa pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran Semporna, Sabah. Selain itu pada 30 Mei 2015 pula, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu. Terbaru, memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian jam enam petang, sekumpulan lelaki yang bertindak melampau kerana berbogel dalam sebuah kem motivasi anjuran sebuah syarikat swasta di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang Sabtu lalu.
Mereka itu terdiri daripada tiga puluh sembilan individu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu juga. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.12 petang berhubung tindakan kumpulan lelaki terbabit. “Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan ‘All Out’ di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta." “Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel.” Tambah Superintendan Mohamad Mansor, mereka yang ditahan, termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator akan disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan.- CARI |
20
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Syd replied at 22-1-2017 02:54 PM
layan gambar
aHoi83 replied at 22-1-2017 02:59 PM
Penganjur sangap la tu
otai_g replied at 22-1-2017 03:38 PM
Mcm ummah jinjang je ni. Nk bogel msk bilik la bimbo, br org x bising.
ADVERTISEMENT