Comel je lah Mia Ahmad ini apabila mengaku masih segan silu dengan suami tercinta. Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, mengakui kadang-kala dia terlupa sudah mempunyai hubungan halal walaupun dia dan suami telah selamat diijabkabulkan pada 13 Januari lalu.
“Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa,” akuinya kepada Kosmo. Buat masa ini, Mia masih lagi menyesuaikan menyesuaikan diri yang sudah berstatus isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.
“Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami," katanya. Dalam perkembangan lain, Mia akui dia bukanlah tukang masak hebat sebaliknya hanya mampu menyediakan menu-menu mudah sahaja. Perkara itu sudah dimaklumkan kepada suami sebelum mereka berkahwin lagi. “Sebelum berkahwin, apabila lihat dia ambil lauk penuh satu pinggan di kedai makan, hati saya mula mendesis dia jenis suka makanan yang mewah dengan lauk. Sedangkan saya hanya boleh masak menu-menu mudah. Mujur dia okey dengan hidangan saya selepas berkahwin,” jelasnya. Tak mengapalah Mia, perlahan-lahan nanti biasalah tu. Yang penting ada usaha untuk menjadi isteri yang baik dan taat kepada suami. Semoga kekal bahagia hendaknya. - CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
20
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 22-1-2017 02:23 PM
Baca boleh percaya jangan
ADVERTISEMENT