Langkah yang dilaksana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras jenayah rasuah di kalangan penjawat awam kebelakangan ini memberi kesan positif.
Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merampas wang tunai berjumlah RM1.1 juta dari rumah seorang penolong jurutera kanan yang ditahan akibat bersabit rasuah dan salah guna kuasa. Pengarahnya Datuk Mohd Fouzi Muhammad berkata, wang terbabit ditemukan tersorok di dalam dinding bilik tidur utama dalam serbuan oleh sepasukan 10 pegawai SPRM di rumah suspek di Kampung Sungai Daun, Guar Cempedak, 3 petang Khamis. "Kita percaya ada lagi wang yang belum kita temukan dan jumlahnya boleh mencecah sehingga RM3 juta." Suspek berusia 56 tahun itu diberkas di rumahnya pada 11.30 pagi Rabu kerana dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor melibatkan 30 projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik sejak 2012.
Dilaporkan ketika serbuan, pasukan SPRM mendapati dinding kayu bilik tidur utama di rumah itu telah diubah suai dan apabila diperiksa menemukan wang tunai yang diletak di dalam bekas coklat serta bekas plastik. Suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. - CARI |
25
Bagus |
26
Marah |
30
Terkejut |
24
Sedih |
37
Lawak |
52
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated replied at 19-1-2017 10:11 PM
Tahniah SPRM.
Cuma kalau boleh aku nak tanya, kenapa baru sekarang?....
MarryPottet replied at 19-1-2017 10:33 PM
elok plak yer duit hasil haram yg disimpan sedemikian tak dikenduri dek anai anai ka atau tikus
ADVERTISEMENT