Jijik melihatnya! Sekali lagi bahan makanan dijadikan mangsa 'hipster' apabila dibentukkan seperti najis.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial dengan keropok lekor yang menyerupai najis dipercayai diberi nama 'Keropok Lekor Hipster'. "Keropok lekor hipster katanya. Jangan tanya akak lokasi tang mana ye, akak tak tahu," tulis seorang netizen. Kot ya pun mahukan publisiti, tak perlulah lakukan makanan sebegitu rupa. Kurang manis dan tak senonoh makanan dibuat menyerupai najis yang sah-sah haram dimakan selain hodoh rupanya.
Malah, ada pengguna media sosial mendakwa bahawa ada pihak cuba memburukkan nama keropok lekor Terengganu. "Pengotornya. Tolong jangan rosakkan nama keropok lekor Terengganu, okey?" tulisnya. Tapi kan, betulkah Keropok Lekor Hipster itu sejenis makanan ataupun keropok lekor seperti didakwa segelintir pihak? Ini adalah kerana terdapat sesetengah netizen tampil menyatakan bahawa makanan itu bukanlah keropok lekor dan tidak dijual di Malaysia. Mungkinkah ada pihak yang cuma mahu menguji pemikiran rakyat Malaysia dengan mendakwanya sebagai 'Keropok Lekor Hipster' najis sedangkan ia bukan makanan? Tak kisahlah betul atau tidak, yang penting jangan ada pihak yang 'mendapat inspirasi' pula untuk menghasilkan makanan 'hipster' seumpamanya sudahlah. Jika betul ada makanan sebegitu, sanggupkah tekak nak menelannya? - CARI |
61
Bagus |
11
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
24
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT