Rodrigo Duterte mula dilantik sebagai Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun 2016. Semenjak dilantik sebagai Presiden, Duterte mula dikenali dunia dengan kelantangan dan sikapnya yang tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Ketegasannya terbukti ketika baru sahaja empat hari dilantik sebagai presiden, Duterte sudah memenuhi janjinya untuk memerangi jenayah terutamanya melibatkan penyalahgunaan dadah. Jesteru, seramai 30 orang pengedar dadah di negara itu telah menerima hukuman tembak mati. Terdahulu, Duterte turut mengumumkan peningkatan mendadak dalam bajet negara itu untuk tahun 2017 bagi membiayai kempen kontroversinya memerangi jenayah. Pasukan keselamatan juga turut menerima kenaikan gaji yang besar.
Selain itu, nama Duterte terus menjadi bualan apabila beberapa keping gambar kediamannya mula tersebar luas di media sosial. Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City. Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi. “Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net. Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu. Jom lihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina yang hanya merupakan sebuah rumah 2 tingkat sederhana tetapi selesa. Selepas perlantikannya sebagai Presiden, Duterte menolak untuk tinggal di kediaman presiden kerana mendakwa tempat itu berhantu. Bila melihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina ini, tersangatlah jauh berbeza dengan kehidupan menteri dan ahli-ahli politik di negara lain. Semoga sifat kesederhanaan yang ada pada Presiden Filipina ini dapat dijadikan contoh buat semua. - CARI *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
12
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tayam replied at 19-1-2017 04:21 PM
kenapa la xdibelinya rak kasut
kentel replied at 19-1-2017 04:23 PM
bermula dari bawah...mungkin dia lagi selesa camtu...lgpun kasut dia tersusun jah...bkn mcm selipa ...
tayam replied at 19-1-2017 04:21 PM
kenapa la xdibelinya rak kasut
ADVERTISEMENT