Berikutan terbabit dalam pelbagai kes jenayah di Pulau Labuan termasuk kes rogol berkumpulan, seorang budak lelaki berumur 10 tahun amat dikehendaki pihak polis.
Memetik laporan Bernama, budak lelaki itu dikatakan merupakan antara 86 individu yang disyaki kira-kira dua tahun lalu membabitkan diri dalam kes rogol tersebut dan telah menghilangkan diri sejak itu. Menurut Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman, kesemua individu itu diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah. "Kebanyakan daripada suspek adalah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lainnya sama ada warga Indonesia atau Filipina." Selain digesa tampil membantu polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan, orang ramai turut dinasihat agar tidak bersemuka secara peribadi dengan individu dalam "senarai dikehendaki' itu.- CARI
|
17
Bagus |
22
Marah |
19
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kuzaime replied at 19-1-2017 09:46 AM
Tahun lepas dia br 9 tahun.. udah pndai nk merogol..10 tahun lg x taulah jadi apa budak ni..
ADVERTISEMENT