Orang-orang tua kata jantina anak dalam kandungan boleh dirancang dengan pemakanan yang diamalkan. Betulkah? Para saintis dari Oxford and Exeter Universities membuat kajian dan hasilnya wanita yang mengambil makanan tinggi kalori ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki. Wah! Macam tak percaya je? Kajian itu juga mendapati kebanyakan wanita yang makan pisang dalam kuantiti yang banyak berjaya melahirkan bayi lelaki. Macam kata orang dulu-dulu, kalau nak anak lelaki makanlah pisang banyak-banyak. Jom tengok tip selanjutnya daripada blog Diari Ibu Zarith!
Tip mendapatkan anak perempuan: 1. Garam mengurangkan peluang anda mendapat anak perempuan, jadi cuba elak dari mengambil makanan bergaram. 2. Cuba elak dari mengambil buah-buahan, bayam, tomato, coklat, kopi dan teh. 3. Banyakkan mengambil makanan mengandungi asid seperti krim keju, buah prun, jeruk, jus buah. 4. Ini mungkin kedengaran agak janggal, tapi lakukanlah hubungan intim pada waktu siang. 5. Amalkan membaca Surah Maryam sebelum kandungan mencecah 3 bulan. Tip mendapatkan anak lelaki: 1. Elak pengambilan makanan berasid yang boleh membunuh sperma lelaki. Sebaliknya seminggu sebelum melakukan hubungan intim, ambil makanan bersifat alkali seperti epal, tomato, nenas, pisang, betik, dan banyak lagi. 2. Lakukan hubungan intim pada waktu subur kerana ketika itu bilangan sperma adalah tinggi. 3. Lakukan hubungan intim pada waktu malam. 4. Amalkan membaca Surah Yusuf semasa kandungan belum mencecah tiga bulan. Ini kata kajian dan hasil penelitian. Tapi tak salah kalau mencuba. Anak itu rezeki daripada Allah tak kira walau apa sekalipun jantinanya. - CARI
|
21
Bagus |
20
Marah |
20
Terkejut |
29
Sedih |
18
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sian0403 replied at 3-2-2017 08:20 AM
Org kata mkn daging byk anak ppuan
Drsgonfruit replied at 3-2-2017 08:53 PM
Daging byk bukan laki ke? Entah
Sian0403 replied at 3-2-2017 11:33 PM
Eh tapi ada dgr org ckp klu iring ke kanan dpt lelaki..iring ke kiri dpt ppuan..
Drsgonfruit replied at 3-2-2017 11:35 PM
Ade bidan pn ckp cmtu.tgk position.kanan slalu nye lelaki.kiri ppuan.wallahualam
ADVERTISEMENT