"Perjalanan ini besar ertinya buat saya. Saya harap, rakyat Malaysia mendoakan kesihatan saya dan ibu di sana. "Insya-Allah, saya akan berdoa untuk semua di sana nanti."
Demikian harapan dan doa Muhammad Ramadan dari Kampung Beril, Paka,Terengganu, seorang pesakit leukemia tahap empat setelah berjaya merealisasikan hasrat ke Tanah Suci, walaupun jangka hayatnya diramal hanya berbaki empat bulan sahaja. Memetik laporan BH, susulan kisah penderitaan Muhammad Ramadan dan hasratnya menunaikan umrah disiarkan akhbar BH sebelum ini telah menarik perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Hasil pertemuan, menteri besar mewakili kerajaan Terengganu bersetuju membiayai pakej perjalanan dua beranak itu manakala perbelanjaan sepanjang di Tanah Suci dibiayai Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) atas kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dilaporkan, Muhammad Ramadan akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama ibunya, Saibah Yaacub yang berusia 57 tahun petang ini sebelum menaiki penerbangan MH1335 ke Madinah, jam 1 tengah hari esok.- CARI
|
21
Bagus |
18
Marah |
26
Terkejut |
20
Sedih |
17
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT