CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk ICU Kerana Wad Penuh, Keadaan Kartunis Terkenal, Lat Stabil

14-1-2017 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8563| Komen: 52


"Dia bukan kritikal atau kena serangan jantung, cuma dia dimasukkan ke ICU buat sementara waktu disebabkan wad biasa telah penuh."


Memetik laporan Malay Mail Online, demikian penjelasan Mamat Khalid yang merupakan adik kepada Kartunis terkenal Lat yang dikatakan datang semula ke hospital kelmarin apabila merasa kurang sihat.

"Keadaan dia elok, dia pun tak ada pakai wayar, dia boleh makan, boleh ketawa dan boleh bangun. Tadi dia sempat bagi tahu untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan tidak perlu gusar kerana ini hanya pemeriksaan biasa."

"Saya harap orang faham bahawa keadaan dia lemah dan dia perlukan rehat secukupnya," kata Mamat Khalid.

Tambah Mamat Khalid yang juga seorang pengarah filem terkenal, abangnya yang berusia 65 tahun telah lama mempunyai masalah jantung namun bukan pada tahap kritikal. 


Lat dimasukkan ke hospital minggu lepas namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke ICU Jumaat pagi. 

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry  Abd Kadir sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanyakan khabar kartunis kelahiran Perak itu kelmarin. - CARI

sumber foto: Astro Awani



19

Bagus
27

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
24

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 14-1-2017 04:45 PM
Ade sape2 tahu tahap sakit jantung ni ada 1 2 3 dan 4 kan?  Kalau tahap 3 dan 4 tu caner sape boleh explain x
Quote sebu 14-1-2017 04:45 PM
La bod gossip rupanya
Quote sebu 14-1-2017 04:47 PM
CARI-LTS replied at 14-1-2017 04:13 PM
"Dia bukan kritikal atau kena serangan jantung, cuma dia dimasukkan ke ICU buat sementara waktu dis ...

Dia ni artis ke sampai kamu post kat bod gossip hoih tt
Quote mrizumi 14-1-2017 05:08 PM
Owh..mamat khalid tu adk dia rupanya..
Quote makneng 14-1-2017 05:09 PM
Gws tok Lat
Quote ronapink 14-1-2017 05:30 PM
Edited by ronapink at 14-1-2017 05:32 PM
sebu replied at 14-1-2017 04:47 PM
Dia ni artis ke sampai kamu post kat bod gossip hoih tt

kartunis bukan artis ke..
pelukis..

ok la juga tok lat masuk berita bod ni,

laki adira tu artis ke, selalu masuk berita bod ni,lagi menyampah
Quote Levespa 14-1-2017 05:42 PM
sebu replied at 14-1-2017 08:45 AM
Ade sape2 tahu tahap sakit jantung ni ada 1 2 3 dan 4 kan?  Kalau tahap 3 dan 4 tu caner sape bole ...

tahap 1 tak rasa letih kalau buat aktiviti biasa.. takde limitation pada aktiviti...

tahap dua- ada sedikit limitation pada aktiviti fizikal.. ada sedikit tanda2 sakit jantung mcm letih, lelah semua tu masa buat aktiviti biasa

tahap tiga- limitation yg jelas pada aktiviti fizikal.. buat kerja akan ada simptom2 lelah dan letih

tahap 4 tak buat apa2 masa duduk je pun ada rasa letih dan lain2 simptom mcm shortness of breath dan letih.. yg ni dah tahap teruk
Quote Levespa 14-1-2017 05:44 PM
get well soon Tok Lat.. harap2 kerajaan ambik berat la kat beliau.. tanggung all the medical bills.. suka kartun2 Tok Lat
Quote DeeHanania 14-1-2017 05:52 PM
Semoga sihat kembali, Datuk Lat
Quote fishcracker 14-1-2017 05:56 PM
teringat kampung boy..lama dah tak tengok
Quote sebu 14-1-2017 06:06 PM
Levespa replied at 14-1-2017 05:42 PM
tahap 1 tak rasa letih kalau buat aktiviti biasa.. takde limitation pada aktiviti...

tahap dua ...

Tq levespa.  Tahap 3 tu kalau bedah boleh sembuh tak? Maksud aku boleh hidup lama x?
Quote sebu 14-1-2017 06:07 PM
ronapink replied at 14-1-2017 05:30 PM
kartunis bukan artis ke..
pelukis..


Oooo oke oke
Quote alieyrina 14-1-2017 06:12 PM
Spital mana nii..tanya mcm aku nak p lawat kan...
Quote ronapink 14-1-2017 06:16 PM
sebu replied at 14-1-2017 04:45 PM
Ade sape2 tahu tahap sakit jantung ni ada 1 2 3 dan 4 kan?  Kalau tahap 3 dan 4 tu caner sape bole ...

calling2 doc  @ipes2
Quote CiliPadiSedap 14-1-2017 07:25 PM
sebu replied at 14-1-2017 04:45 PM
Ade sape2 tahu tahap sakit jantung ni ada 1 2 3 dan 4 kan?  Kalau tahap 3 dan 4 tu caner sape bole ...

tahap 4 tu tak lama lagi dah.. tahap 1 ada harapan lagi..
Quote Levespa 14-1-2017 07:48 PM
Edited by Levespa at 14-1-2017 12:51 PM
sebu replied at 14-1-2017 10:06 AM
Tq levespa.  Tahap 3 tu kalau bedah boleh sembuh tak? Maksud aku boleh hidup lama x?

tahap 3 biasanya boleh dibantu dengan ubatan.. tapi kalau simptom tak berkurang dengan ubatan,  ada option utk implant kan pacemaker.. memang boleh improve keadaan pesakit

kalau patient stage 4 boleh buat heart transplant, secara puratanya boleh bertahan more or less 10 tahun..tu mengikut statistik yg sedia ada la..  tapi sebenarnya takde doktor yg boleh jamin apa2..  banyak faktor mempengaruhi mcm umur pesakit, diet, gaya hidup,.. etc

ada yg dr jangka umur pendek jadi panjang, ada sebaliknya.. atas ketentuan tuhan belaka..

kenapa u tanya? someone u know ada penyakit ni ke?
Quote sebu 14-1-2017 08:01 PM
Levespa replied at 14-1-2017 07:48 PM
tahap 3 biasanya boleh dibantu dengan ubatan.. tapi kalau simptom tak berkurang dengan ubatan,  ad ...

Boleh terangkan lg secara detail tentang implant pacemaker tu?


Ya.
Quote sebu 14-1-2017 08:02 PM
Levespa replied at 14-1-2017 07:48 PM
tahap 3 biasanya boleh dibantu dengan ubatan.. tapi kalau simptom tak berkurang dengan ubatan,  ad ...

Kamu doktor ke levespa? Tq sbb bg aku penerangan.
Quote Levespa 14-1-2017 08:50 PM
sebu replied at 14-1-2017 12:01 PM
Boleh terangkan lg secara detail tentang implant pacemaker tu?



pesakit jantung ni denyutan jantung dia dah terganggu.. samada jadi irregular, jadi lemah, delayed, etc..
jadi pacemaker ni boleh keluarkan electrical impulses utk stimulate otot jantung supaya berdenyut secara normal..

pacemaker di implant bawah kulit, area bawah collar bone.. ia bersambung dengan lead wire, lead wire tu doktor akan masukkan melalui vein ke dalam jantung.. pacemaker ni pakai bateri.. so lepas beberapa tahun kena ganti.. tp teknologi sekarang ni lagi advance, jadi dah ada yg lagi kecik lagi tahan lama





Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top