Sebagai artis popular, ancaman tertentu seperti gangguan peminat yang fanatik memang tidak dapat dielakan, apa tak lagi bagi sesetengah artis yang sudah berrumahtangga, maka keselamatan anak dan ahli keluarga semestinya menjadi keutamaan.
Baru-baru ini pelakon Elly Mazlein sanggup menghabiskan wang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya bagi memastikan individu yang tidak bertanggungjawab dapat dikesan di kawasan kediamannya. "Tahap kawalan di rumah saya memang agak ketat sekarang, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Saya tidak mahu ada individu yang buat onar atau tidak bertanggungjawab berada di kediaman saya." Apabila ditanya tentang beberapa pendedahan yang dibuat di laman sosial Instagram mengenai bekas suaminya, Elly berkata ia merupakan salah satu cara untuk dia meluahkan kebenaran yang berlaku. Tegas Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, apa yang dikongsinya di laman sosial itu bukanlah fitnah.
"Biar orang luar yang menilai sendiri. Apa yang saya kongsikan itu dan bukannya sesuatu yang saya bercakap bohong." "Saya tidak mahu berdiam diri macam dahulu sehingga muka saya dipijak. Saya akan terus buat pendedahan dan kenyataan di laman sosial tentang sesuatu yang tidak betul." Elly dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia 10 bulan. Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonan dan nyanyian, Elly berkata rezekinya semakin bertambah. Dia sudah mengikat kontrak sebagai artis bawah KRU Music dan bakal keluar dengan sebuah album.- CARI |
13
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rempahkari replied at 14-1-2017 05:50 PM
Ada gak org mcm ni. Pasang cctv gitau org. Bodoh bahaya laa
Nenasketum replied at 14-1-2017 07:12 PM
Yang tak royal meroyan nak meroyalkan diri. Yang tak vip camtu gak. Klakar plak.. bagitau lah kat ma ...
rempahkari replied at 14-1-2017 09:50 AM
Ada gak org mcm ni. Pasang cctv gitau org. Bodoh bahaya laa
armin replied at 14-1-2017 11:02 AM
Kes apa dia pasang utk anak dia? Ada org nak culik ke? Ugut ke? Tp patutnya mmg xpayah bagitau. Cc ...
ADVERTISEMENT