Mulianya pekerti dua pramugari penerbangan Garuda Indonesia, Vera dan Ninik Septinawati membantu penumpang warga tua keluar dari pesawat sektor Kuala Lumpur-Jakarta Sabtu lalu.
Usaha mereka itu tular di laman sosial, sekali gus mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi yang memberi penghargaan kepada mereka menerusi laman sosial Twitter kementerian. "Tindakan spontan mereka membantu penumpang yang memerlukan bantuan adalah langkah penting dalam sektor pengangkutan," tulisnya. Menurut The Jakarta Post, penghargaan sedemikian turut diberi kepada penyedia perkhidmatan yang menawarkan khidmat cemerlang serta pasukan keselamatan penerbangan yang berusaha mencegah penyeludupan dadah.
"Mohon diteruskan perkhidmatan daripada hati," tulisnya di laman Twitter Vera. Gambar Vera di dalam pesawat GA-821 yang sedang mengendong penumpang tua di belakangnya itu tular selepas dikongsi Farchan Noor Rachman menerusi akaun Twitternya pada Sabtu lalu. "Pramugari pesawat GA-821 @IndonesiaGaruda ini memang hebat. Mengharukan sehingga saya terkedu." Menurut portal tempo.com, Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda, Benny S. Butarbutar menjelaskan situasi itu berlaku selepas pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta tengah hari Sabtu lalu. Vera dan pengurus perkhidmatan penerbangan, Ninik Septinawati menawarkan bantuan untuk mengendong wanita itu selepas kerusi roda yang ditunggu tak kunjung tiba. Wanita tua itu merupakan salah seorang jemaah umrah yang menaiki penerbangan berkenaan. - CARI |
25
Bagus |
23
Marah |
8
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 11-1-2017 03:49 PM
tahniah @trisnalovezul...gini la yg kita mahukan, award utk menolong org bukannya merampas laki oran ...
baghal_bortuqal replied at 11-1-2017 04:11 PM
tahniah. well and above job scope.
Tapi tak sepatutnya dibuat dari aspek pengurusan sumber manusi ...
WhiskeyScotch replied at 12-1-2017 07:32 PM
Syabas. Ini wajar dipuji. Pramugari pula tu yang angkat. Sangat bagus. I really love this kind of at ...
krustykrab replied at 11-1-2017 03:49 PM
tahniah @trisnalovezul ...gini la yg kita mahukan, award utk menolong org bukannya merampas laki or ...
ADVERTISEMENT