CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Yang 'Hilang' Ditemui Dengan Kesan Dera

12-1-2017 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8837| Komen: 62

Hancur luluh rasa hati seorang kakak apabila menemui adik lelakinya yang hilang dalam keadaan luka di seluruh tubuh.

Menurut THE STAR ONLINE, salinan laporan polis menunjukkan wanita berusia 35 tahun itu sangat terkejut dengan keadaan fizikal adiknya yang dipercayai akibat didera.



Sumber foto: THE STAR ONLINE

Lelaki berusia 21 tahun itu ditemui di hadapan sebuah bank berhampiran Taman Perling pada Sabtu, kira-kira jam 8.20 malam.

Mangsa yang merupakan seorang jurujual aksesori kereta itu dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keluarganya di Mersing dalam suatu jangka masa.

Wanita berkenaan cuba meghubungi mangsa, malah pergi ke tempat kerjanya tetapi usahanya gagal.


Keputusan keluarga mangsa untuk mencarinya di rumah majikannya di Taman Johor Jaya pada Selasa membuahkan hasil apabila menemui mangsa dalam keadaan lemah.

Mangsa didakwa cedera di seluruh tubuh, malah terdapat kesan parut di kedua-dua belah tangan, lepuh di sekeliling mulut, bengkak dan pendarahan dalam mulut dan telinga serta kecederaan parah pada badan dan juga tapak kakinya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz percaya mangsa ditumbuk, ditendang dan dirotan suspek dipercaya majikannya sendiri.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan susulan. 

"Polis masih mengesan suspek kerana mereka hilang sejak mangsa meninggalkan rumah tersebut," katanya. 

Jokhiri juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini untuk memaklumkan kepada Polis Kontinjen Johor di talian 07-221 2999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di 07-386 4222 untuk membantu siasatan. - CARI
9

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tayam 12-1-2017 11:50 AM
adik dia ni xmelawan ke? dh besar..pelik pulak, lembam ke?
Quote Anaya84 12-1-2017 11:51 AM
Ya Allah.. teruknya...
Quote pooh~key 12-1-2017 11:56 AM
Apa ke mental tahap mona fendy majikannya tu?
Quote alahai 12-1-2017 11:59 AM
Majikan tu cina ka melayu...

Ingatkan maid indon je yg kena dera ni..
Quote liton 12-1-2017 12:04 PM

Jokhiri juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada pihak polis. - CARI

Bongoknya,minta tolong orang ramai bagi maklumat,tapi nama majikan & alamat terakhir tak diberitahu.
Quote Artemesiaa 12-1-2017 12:08 PM
Salah apa le sampai kena dera sebegitu
Quote pooh~key 12-1-2017 12:14 PM
liton replied at 12-1-2017 12:04 PM
Jokhiri juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada pihak polis. -  ...

Eh ye tak ye kan sis?  
Apa ke bongok maklumat majikan tak ada langsung.  
Quote izzarishaiqal 12-1-2017 12:14 PM
kesiannye...teruk jugak kesan luka kat mangsa
Quote CiliPadiSedap 12-1-2017 12:20 PM
liton replied at 12-1-2017 12:04 PM
Jokhiri juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada pihak polis. -  ...

orang awam yang ada gambar majikan, nama majikan, alamat majikan ..

harap ada photoshoot gmbr majikan tersebut.. celaka lahanat aniaya orang lain sampai cmtu
Quote putehkundor 12-1-2017 12:25 PM
tokey aksesori kereta ni mostly set2 jinjang khuens
Quote emma_lee 12-1-2017 01:18 PM
tbaca kt fb smlm..
majikan nya mcm melayu ..
AYO JOHO  ke ape nama ..
tp da lenyap
Quote gaara_X 12-1-2017 02:11 PM
ada masalah ngan majikan kot...kena siasat dulu....
Quote lasagnaklcc 12-1-2017 02:16 PM
Mula2 cite jumpa kat maybank taman perling... Pastu cite pula jumpa kat rumah majikan taman johor jaya... dua2 tempat bkn dkt sgt pon. Wartawan ni saje nak peningkan.
Quote CrowneGlory 12-1-2017 02:18 PM
melayu, cina, india?
Quote pr3ttytw33ty 12-1-2017 02:26 PM
Majikan mulayu. Muke dh viral kt socmed.
Quote Rainrein 12-1-2017 03:11 PM
Pehal jahat sangat majikan dia tuh.  And adik dia tu nape langsung x melawan? Lembam or oku ke?
Quote CaTtLeRaNcH 12-1-2017 03:19 PM
Kesian nya keadaan kau dik..makin ramai org gila skrg ni jdi hati2 lah
Quote sabar_sabariah 12-1-2017 03:28 PM
masa adik dia hilang,
ada buat report polis tak?
ke report polis dibuat selepas jumpa adik dia kat rumah majikannya tu
nasib la tahu rumah majikan katne
bukan semua orang tahu rumah majikan
husben aku lagi la..
tempat aku keje pun dia tak tahu katne..

Quote masdiana-ana 12-1-2017 03:31 PM
ya allah...teruk luka dia tue...mcm dah lama kena dera..pasal luka tue tinggal parut,,malaysia sekarang byk org gila..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.242016 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top