Kerajaan Sarawak mengumumkan esok sebagai cuti umum negeri itu bagi menghormati kematian Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.
Pengumuman itu disampaikan oleh timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi. Tambah beliau, kerajaan negeri juga mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula esok. “Sepanjang tempoh itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang, manakala semua acara rasmi akan ditangguhkan buat sementara waktu." Sehubungan itu, jenazah Allahyarham (Adenan) akan dibawa dari kediaman rasminya di Damai Jaya, Santubong ke Masjid Jamek Negeri untuk majlis penghormatan terakhir oleh pemimpin kenamaan dan rakyat pada jam 10.30 pagi esok.
“Selepas itu, jenayah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini.”- CARI |
4
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT