"Mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang." Demikian penjelasan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim selepas pertemuan bersama wanita berkenaan yang hadir bersama-sama dua daripada lima anaknya ke pejabat JKM pada pukul 10 pagi Selasa lalu.
"Dalam pertemuan itu, wanita itu dan anak-anaknya memberitahu JKM bahawa mereka kecewa dengan penyebaran gambar berkenaan di laman sosial." Terdahulu kisah wanita itu menjadi tular di laman sosial berikutan dia didakwa berpura-pura buta dan menjual tisu. Tambah Manayi, selain meminta memperbaharui kad OKU berikutan kad yang ada pada simpanannya adalah kad lama,wanita tersebut dinasihatkan mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi mengelak perspektif serong masyarakat. Mengulas mengenai paparan video yang menunjukkan dia mendeposit wang berjumlah RM14,000 di kaunter bank, Manayi berkata wanita itu memberitahu duit berkenaan adalah milik rakan-rakan peniaga tisu lain yang diserahkan kepadanya untuk disimpan di bank.- CARI
|
13
Bagus |
15
Marah |
25
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis replied at 9-1-2017 11:11 AM
Cyber trooper JKM ahli forumer cari ka
yulbit replied at 9-1-2017 09:45 PM
Depan mata aku jumpa.satu mlm ni..so called buta tu drive proton first generation,pastu keluar keret ...
ADVERTISEMENT