CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Singapura Antara Pesalah Trafik Warga Asing Yang Paling Ramai

9-1-2017 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1662| Komen: 14|Original author: R2D2

Sebanyak 275,663 saman tertunggak membabitkan 5,358 waran tangkap tertunggak bagi pesalah trafik warga asing direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh 2010 hingga tahun lalu.


Memetik laporan Utusan Online, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, kesemua saman tertunggak dan waran tangkapan itu melibatkan operasi dan penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara.

“Kesemua saman tertunggak itu melibatkan pesalah trafik warga asing dari Singapura sebanyak 184,014 saman; Brunei (63,696); Thailand (22,334); Indonesia (2,880) dan lain-lain (2,739)."

“Manakala, waran tangkap tertunggak pula melibatkan pesalah trafik dari Singapura sebanyak 3,423 kes, Brunei (509); Thailand (1,116); Indonesia (36) dan lain-lain negara (274).”

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Op Saman Tertunggak Warganegara Asing V (OSTWA V), di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kelmarin.


OSTWA V itu dijalankan di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gelang Patah, Lebuhraya Link Kedua dan Rnr Pandan, Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) serta Kilometer 2, Jalan Tebrau.

Dilaporkan operasi ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pesalah trafik warga asing supaya segera menyelesaikan saman tertunggak dan saman berstatus waran tangkap supaya tidak mengulangi kesalahan jalan raya.- CARI

sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com



4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 8-1-2017 11:28 PM
patut korang tahan x bagi keluar malaysia kalau x bayar saman...
Quote munchkin 8-1-2017 11:37 PM
eizarz replied at 8-1-2017 11:28 PM
patut korang tahan x bagi keluar malaysia kalau x bayar saman...

Ntahnya. Ni semua kerja sia sia. Dah lah guna tax payer punya duit utk tempatkan polis. Dah tu keluarkan saman. Kertas habis. Ink pen habis. Ink printer mesin saman habis. Pastu tak kutip saman balik. Keluar numbers utk saman. Pastu nak merempan rempan tak kutip saman. Ada tools. Ada ways. Tapi penguatkuasaan 0/kosong/zero.

So sebenarnya nak bagi tahu tak buat kerja ke cam mana. Konon berita nak kata org tak bayar saman or efficient keluarkan saman. Walhal terburai busuk sendiri tak kutip kutip bayaran.
Quote felinecat 8-1-2017 11:40 PM
ni terjadi sbb kebodohan penguatkuasa sendiri..paksa la bayar sebelum depa balik negara, awat bodo sgt :zz
Quote munchkin 8-1-2017 11:41 PM
Kemain lagi oswa oswe oswu. Nama sound soooo convincing.   tapiiiiiiii. Seriously???

Berita kemain pajang. Summary : tiada penguatkuasaan. Two words to summarize the whole story yah.

Org aku tau saman dekat 5 tahun. Warga malaysia pun. Tapiiiiii enjoyyyyy tak bayar saman. Zaman dulu saman secoet mampus tak leh renew road tax. Now everybody can 'not pay saman'
Quote honeybee1802 8-1-2017 11:41 PM
eizarz replied at 8-1-2017 11:28 PM
patut korang tahan x bagi keluar malaysia kalau x bayar saman...

Tak kisah la nak msk ka kuar dr negara ninka korang tahan jek...kata ada buat blue ocean strategy leh la imigresen n jpj bergabung tenaga..
Quote cucuq 8-1-2017 11:43 PM
ish banyak duit negara membazir sebab warga asing ni..isu x bayar bil hospital n x bayar saman..selalu tgok warga asing ni bawak motor or keta macam haramjadah, rasa nak maki2 jer
Quote munchkin 8-1-2017 11:47 PM
Nak beri kesedaran? Youre kidding yourself ke cam mana?  

Sebelum nak sedarkan orang why dont sedarkan diri dulu.

Berita cam ni is a laughing stock lah.
Quote Nenasketum 9-1-2017 12:38 AM
Ooooo kalau kita dicariknya sampai ke lubang cacing. Kalau diorang main stamp pasport bagi masuk jer kan. Kera di hutan betullah disusukan, anak mati kebuluran.
Quote shamsadis 9-1-2017 02:15 AM
Kasik letak dalam penjara baru padan muka diaorg
Quote mbhcsf 9-1-2017 02:42 AM
shamsadis replied at 9-1-2017 02:15 AM
Kasik letak dalam penjara baru padan muka diaorg

hehe okay je idea ni cuma tax payers siapa yg kena support depa di sebalik tirai besi

banyaknya ye kesalahan depa ...isk isk kita kena strict lah.

Quote gaara_X 9-1-2017 07:58 AM
deme masih tidor kot....
Quote sub5zero 9-1-2017 09:14 AM
munchkin replied at 8-1-2017 11:47 PM
Nak beri kesedaran? Youre kidding yourself ke cam mana?  

Sebelum nak sedarkan orang why dont sed ...

Cerita bermusim sblm PRU poket masih haus....aku rasa klau buat thesis isu saman tertunggak ni mesti committee bg grade 5
Quote tayam 9-1-2017 02:10 PM
eizarz replied at 8-1-2017 11:28 PM
patut korang tahan x bagi keluar malaysia kalau x bayar saman...

ataupon dh blh msk malaysia
Quote munchkin 9-1-2017 06:36 PM
sub5zero replied at 9-1-2017 09:14 AM
Cerita bermusim sblm PRU poket masih haus....aku rasa klau buat thesis isu saman tertunggak ni mes ...

Grade 5 tu apa. Kalau aku kasi 0 grade terus.  

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.092775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top