CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasa Seperti Kali Pertama Bernikah" - Farah Asyikin

7-1-2017 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28110| Komen: 137|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ramai betul artis tanah air yang melangsungkan majlis pernikahan dalam masa terdekat ini ya.  Jika semalam merupakan majlis akad nikah bagi penyanyi Ainan Tasneem, hari adalah giliran penyanyi Farah Asyikin pula melangsungkan majlis pernikahannya.




Dengan sekali lafaz, Farah Asyikin Zulkifli, 37, sah menjadi isteri kepada pengurus sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, kira-kira jam 11.57 pagi tadi. Majlis berkenaan dilangsungkan di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara yang dihadiri 500 tetamu.


Sumber foto: Berita Harian


Selain menerima mas kahwin RM80, Farah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ia merupakan perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya. Hasil perkahwinan keduanya, Farah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak. 


Sumber foto: IG Farah Asyikin

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya mengenali suami sejak setahun lalu dan pada Mac lalu, dia melamar saya.

“Suami sempat mengenali arwah bapa yang meninggal dunia pada bulan dia melamar saya dan hubungan kami direstui keluarga. Arwah bapa dan keluarga begitu menyayanginya," katanya kepada Berita Harian.

Farah mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan. 

"Saya bersyukur dipertemukan dengannya. Dia banyak membantu saya untuk terus kekal istiqamah. Sebagai manusia biasa, saya tidak selalu sempurna, namun dia sentiasa membimbing saya untuk menjadi insan yang lebih baik. 

"Saya akui agak gementar untuk kembali berumah tangga tetapi perasaan kali ini sangat berbeza. Pertemuan dengannya membuatkan saya berasa seperti kali pertama bernikah. Sifat penyayang dan bertanggungjawab suami membuatkan saya serta anak berasa selamat dan disayangi," katanya.

Semoga perkahwinan kali ketiga ini berkekalan hingga ke Jannah. - CARI 

12

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 7-1-2017 01:55 PM
amboi tajuk tt. retis fefelin virgin ke?
p/s: tahniah la kaka. selamat pengantin baru. #baru ke?
Quote Aduradura 7-1-2017 01:59 PM
Edisi artis janda paling laku
Quote drivethru 7-1-2017 02:17 PM
Harap2 timun dan terung tak menjadi mangsa.
Quote sukacactus 7-1-2017 02:17 PM
Eh npk iras zarul plak pengantin laki tu

Tahniah la...moga jodoh berpanjangan
Quote cknoriz 7-1-2017 02:20 PM
nmpk wangi bersih lak laki dia x kepam mcm laki maria parit
Quote munchkin 7-1-2017 02:21 PM
Quite segak.

Quote FARRAZOOL 7-1-2017 02:25 PM
Husband jns yg good looking walau dh agak brumur
Quote katibism 7-1-2017 02:26 PM
Dah berapa jenis terung pisang n mentimun yg sheols ngap?

Ni yg ke 3 ke..ke 4? First doctor..pisang kelat keling .. second one yg Melayu cape..pisang tandook. Khuenz?
Quote skymania 7-1-2017 02:29 PM
Rezeki dpt merasa pelbgai...
Quote Cloudfly 7-1-2017 02:34 PM
Fofulor x sheols ni..lagu ape yg meletop.?iols nk utube ni..
Quote aldilla_zahraa 7-1-2017 02:45 PM
Cloudfly replied at 7-1-2017 06:34 AM
Fofulor x sheols ni..lagu ape yg meletop.?iols nk utube ni..

Kembali di sisimu
Quote Cloudfly 7-1-2017 02:53 PM
aldilla_zahraa replied at 7-1-2017 02:45 PM
Kembali di sisimu

Thanks uols..dh dgr..penyanyi lama rupenye..tahniah laa dh kawin 3kali
Quote emelia1509 7-1-2017 02:57 PM
Congrats farah..Good looking hubby sheols
Quote WajibulGhunah 7-1-2017 03:01 PM
CONGratsssssss
Harap berkekalan la yg ni
Quote aleesyasofia 7-1-2017 03:15 PM
tahniah.. moga hbgn yg dibina hgga ke syurga
Quote pinkzara 7-1-2017 03:16 PM
Sejenis abby juga ni. Murah jodoh
Quote pocongkiutss 7-1-2017 03:17 PM
Kacak laki dia wpun berumur
Quote GigaMom 7-1-2017 03:23 PM
Harap bkekalan
Zaman skg if x serasi cerai je la
Koser sgt duk mmndam perasaan mmkirkan tanggapan org sekeliling if jd ibu tunggal
Quote mesmerize 7-1-2017 03:32 PM
eee kendo sangat laki sheols meskipun dah 51 tahun .. ada iras2 zarul gegarvaganza dah cuma lgi cerah... gamaknya banyak duit juga yea? huntong laa ..

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top