Teka-teki penyertaan skuad The Red Warriors dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya memutuskan untuk kekal beraksi.
Ini selepas KAFA berjaya memperoleh suntikan dana yang diharapkan menerusi penajaan daripada dua syarikat iaitu RedONE dan Al Hamra Group. Memetik laporan BH Online, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata keputusan untuk kekal beraksi dalam Liga-M dicapai selepas kedua-dua syarikat berkenaan bersetuju menjadi penaja utama skuad The Red Warriors musim ini. "Hari ini kita akan mendaftar 23 pemain termasuk seorang pemain import kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membolehkan Kelantan kekal beraksi." RedONE adalah sebuah syarikat telekomunikasi manakala Al Hamra Group merupakan syarikat berasaskan pertanian dan perladangan. Beliau berkata keputusan itu dilakukan setelah mengadakan perbincangan dengan KAFA pada malam semalam mengenai nasib dan kemelut yang dihadapi persatuan berkenaan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan KAFA mahu menarik diri daripada saingan Liga-M kerana menghadapi kemelut kewangan yang kritikal.- CARI |
16
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 6-1-2017 07:12 PM
qu badak mana ye? dah siap ke hotel 7 bintang? ke masih sibuk jual jamu
Teh_90 replied at 6-1-2017 09:02 PM
jual nasi lemak pink..
deathacker replied at 6-1-2017 10:02 PM
qu putih dah x sponsor lg ke? hari tu bkn main lg sembang
ADVERTISEMENT