Banyak perkara yang membuatkan anda menyesal dengan diri anda pada 2016? Jangan terus berduka dan memendam rasa.
Ayuh bangun dan buka buku baru sempena tahun 2017 ini. Biarkan segela keluh kesah ditinggalkan dan dilupakan terus. Nak jadi versi diri anda yang lebih baik? Jom cuba resolusi tahun baru ini. Tak perlu yang sukar-sukar, kita cuba perkara yang lebih praktikal ya. 1. Keluar dan berjalanlah Tanpa disedari kesibukan bekerja membuatkan kita makin kurang melakukan aktiviti outdoor. Tak semestinya aktiviti senaman berat, cukuplah dengan berjalan kaki pada waktu pagi atau petang. Cubalah, ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah membantu kesihatan mental anda.
2. Sertai kelab sukan Tempat kerja anda menyediakan kemudahan kelab sukan? Sertainya, ia mempunyai banyak manfaat. Selain dapat bergaul secara positif, badan pun sihat dan anda berasa makin gembira. 3. Mengundi Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Mengundi untuk pemimpin terbaik adalah tanggungjawab semua orang. Jika tahun ini 'ditakdirkan' diadakan pilihan raya, jangan sesekali mengelak dan cuba lari. Ingat, anda tiada hak untuk 'komplen' itu dan ini terhadap kerajaan atau pun pemimpin jika anda sendiri tidak mengundi. 4. Tapis informasi Semakin ramai masyarakat yang mudah terpedaya dengan berita viral yang tidak benar. Semudah itu anda ditipu? Tapislah informasi di laman sosial anda, portal CARI misalnya sentiasa memaparkan berita yang bersumberkan yang sahih, bukan berita palsu. 5. Kurangkan makan daging Salah satu cara menjadi orang yang lebih sihat anda mengurangkan pengambilan daging merah dalam diet seharian. Bukan berhenti terus, namun kurangkan dan anda bakal merasai badan semakin sihat, langsing dan segar. 6. Jimat tenaga Selain berjimat untuk kewangan diri sendiri dan juga keluarga, jangan lupa untuk berjimat penggunaan tenaga. Ia membantu alam sekitar yang sihat dan untuk permulaan, sentiasa amalkan menutup lampu bila anda keluar dari bilik. Mudah kan! - CARI |
19
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nenasketum replied at 30-12-2016 07:11 PM
Mengundi penting hoccay. Last time aku malas nak pi. Besfren aku nasihatkan aku, kalau dah nak time ...
ADVERTISEMENT