Aduh, muka sendiri pula yang terasa sakit melihat gambar perkongsian seorang netizen di laman sosial Facebook yang memaparkan seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti terbakar.
Menurut netizen itu, remaja berkenaan dimasukkan ke wad kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kerana mengalami pengelupasan wajah yang teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera dari jenama Nature Republic.
Produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk itu berkemungkinan besar adalah sebuah produk tiruan yang mengandungi bahan-bahan palsu menyebabkan radang kulit yang serius. Perkongsian gambar itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang untuk menggunakan produk kecantikan sama selepas melihat gambar di atas. Pun begitu, ada juga netizen lain yang hairan kerana wajah mereka sesuai dan tiada masalah menggunakan produk sama, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai produk digunakan remaja berkenaan adalah produk tiruan yang membahayakan si pemakai. Semoga pengguna lebih berhati-hati semasa memilih produk kesihatan dan kecantikan terutama yang didapati secara online. - CARI
|
8
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nuyunnisa replied at 30-12-2016 01:45 PM
Nature Republibc ni product korea jgk ke..packaging n products d hmpir sma dgn yg di jual kt Go sSho ...
yasinfi replied at 30-12-2016 02:39 PM
dia jual dekat lazada
ADVERTISEMENT