CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tandas Awam Semakin Banyak Tak Patuh Syariah, Pengguna Mengadu Sukar Beristinjak

27-12-2016 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19566| Komen: 118|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Jika suatu ketika dahulu, bila sebut mengenai tandas awam pasti ramai yang membayangkan suatu tempat yang kotor dan jijik. Mana tidaknya, tengah terkejar-kejar hendak melepaskan hajat tiba-tiba buka pintu tandas ternampak najis tidak bertuan ditinggalkan di dalam mangkuk tandas.


Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup menahan hajat dari membuang air di tandas awam kerana mungkin sudah trauma dengan situasi di atas.

Namun kini rakyat Malaysia sudah mampu menarik nafas lega kerana kebersihan tandas awam di negara kita sudah ditahap memuaskan. Ini semua adalah hasil pembudayaan tandas bersih oleh semua pengguna yang mula sedar tentang penjagaan kebersihan adalah tanggungjawab bersama.


Kalau anda perasan, sekarang ini semakin banyak tandas awam terutamanya di pusat beli-belah mula mengikut rekabentuk tandas barat/moden. Memang diakui cantik dan bersih, siap ada penghawa dingin dan alunan muzik lagi. Tetapi agak menghampakan apabila ramai pengguna Muslim yang merupakan penduduk majoriti di negara ini mula mengadu mengalami kesukaran untuk beristinjak kerana terdapat tandas moden tidak disediakan paip air.


Ini adalah antara rungutan pengguna tandas awam yang menjadi tular di media sosial sejak akhir-akhir ini. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)







Sumber : carigold.com

Masalah tandas awam tidak mempunyai paip air/paip getah yang diutarakan oleh netizen tidak boleh dipandang ringan memandangkan pengguna tandas awam di negara ini majoritinya adalah pengguna muslim.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan menetapkan spesifikasi khas iaitu setiap tandas awam di seluruh negara wajib mempunyai paip getah. - CARI



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
34

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 27-12-2016 12:57 PM
penyelesaian:

naikkan fee tandas kepada siling RM1 supaya operator tandas boleh untung dan mampu menggaji janitor yg rajin dgn gaji tetap.

suruhanjaya pembangunan dan tadbir tandas negara.
Quote prettyuglybabe 27-12-2016 01:04 PM
ada bidet tapi air alahai... sipi-sipi jah sampai montot
Quote rocksteady 27-12-2016 01:11 PM

bodoh la yang air pancut direct ke bontot tu. geli punggung aku
Quote nour2001 27-12-2016 01:14 PM
prettyuglybabe replied at 27-12-2016 01:04 PM
ada bidet tapi air alahai... sipi-sipi jah sampai montot

Adakali bidet kuat sangat air dia..selalu kena mcm ni...nak citer pasai bidet ni, one time my relative ni pi lah guna toilet kat airport kalau tak silap,dia ni mmg jenis tak keluar dari kampung punye org..temankan dia masuk tandas, dan tunjuk dia cara guna bidet tu,  tandas duduk,,,so aku tunggu kat tandas tu , sekali aku tgk ada air terpancut dari tandas yg relative aku guna ni...opocot jerit dia..Ku tahankan diri dari ketawa.....tak taulah kalau jiran sebelah dia tu terkena air tu ke tidak..
Keluar je dia, muka terkulat2 gitu..mesti basah seluar dia...


Quote naj13 27-12-2016 01:18 PM
istinjak sah klu guna air jer k? ni mesti kes x habis mengaji feqah dlu kt sekolah
Quote Pak.Maun 27-12-2016 01:23 PM


pian kpop pun dah berbunyi. kes tak cucur tahi

[youtube]EQ_ZiQ8v3eY[/youtube]
Quote prettyuglybabe 27-12-2016 01:24 PM
nour2001 replied at 27-12-2016 01:14 PM
Adakali bidet kuat sangat air dia..selalu kena mcm ni...nak citer pasai bidet ni, one time my rela ...

hahahahaha... aduhai...
my maid pun pernah mcm tu..
nasib baik tak sekuat air u cerita ni..
tapi basah juga la seluar sebelah..
nak gelak pun kesian
Quote pyropura 27-12-2016 01:27 PM
... kalau buat paip air habis ler lecak lantai tu nanti ...
Quote TuntungReturn 27-12-2016 01:30 PM
sunway piramid,picc, antaranya....
Quote prizadane 27-12-2016 01:31 PM
Aku lg suka toilet guna bidet dari paip ni. Sebab lebih bersih n tak geli. Lagipun rakyat malaysia ni ramai yg tak reti guna getah paip tu.. nak kutip getah paip yg dah jatuh ke lantai tu, kotor kot. Aku gi public toilet mmg bawak air dlm botol mineral tu n wet tissue..

Solution lagi bagus, caj je semua toilet harga cam premium toilet KLCC tu..confirm bersih
Quote tripleid 27-12-2016 01:33 PM
apalah gunanya kalo jamvan patuh syariah tp kebersihan tahap neraka..
Quote matchstick 27-12-2016 01:35 PM
tapi aku perati bila toilet yg ada bidet tu, seat dia x kotor bekas kena pijak dgn selipar. bermakna ummah pprt x masuk toilet pakai bidet ni, ataupun pandai pulak dorg tune in duduk elok2 bila kena pakai bidet. sbb tu lah kot ada mall yg dulu toilet pakai paip dgn hose skrg dh upgrade tukar ke bidet
Quote Modngengade 27-12-2016 01:39 PM
AbukRokok replied at 27-12-2016 04:57 AM
penyelesaian:

naikkan fee tandas kepada siling RM1 supaya operator tandas boleh untung dan mampu  ...

issue artikel ni bukan tandas kotor sis tapi tandas tiada bidet...x boleh nak cebok...

jgn ckp tandas tak bersih yer nanti kecik hati  @kemaruk

Quote matchstick 27-12-2016 01:40 PM
kalu bidet air kuat sgt selalu tersembur smpi ke pintu tmpt kita gantung seluar. aku terpikir kalu sblm tersembur ke pintu air tu dh mencecah bontot bekas berak dulu mcm mana.. pastu kita masuk nk sangkut beg or seluar kt pintu yg basah tu..
Quote ohnoLia 27-12-2016 01:41 PM
prizadane replied at 27-12-2016 01:31 PM
Aku lg suka toilet guna bidet dari paip ni. Sebab lebih bersih n tak geli. Lagipun rakyat malaysia n ...

Haah. Kita charge jee
Quote kentel 27-12-2016 01:58 PM
Modngengade replied at 27-12-2016 01:39 PM
issue artikel ni bukan tandas kotor sis tapi tandas tiada bidet...x boleh nak cebok...

jgn ckp  ...

keling vera tara vasu?
Quote Mopiko 27-12-2016 01:59 PM

saya pun pernah kena masuk toilet kat mall langsung tak ada paip dan bidet. hanya ada tisu.. saya terus membatalkan hajat besar saya
Quote Modngengade 27-12-2016 02:01 PM

haha...keling basuh kot sis...yg tak basuh,  jinjang

Quote lazim 27-12-2016 02:11 PM
aku jenis suka tehan vera kalau geli..

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top