Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000. Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun. “Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil. “Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad,” katanya. Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar. Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah. “Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi. “Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang,” ujarnya. Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.
|
jerukkedondong posted on 6-8-2013 01:49 PM
mmg rembes nok tp ko caya x gigi dia berkarat..
tp suka tgk hijrah LH...
smoga bahagia till Jann ...
PITTSBURGH posted on 6-8-2013 02:02 PM
taste ko abah2 ye..
gigi berkarat?ko pnh comolt dgn laki dia ke..
jerukkedondong posted on 6-8-2013 02:11 PM
x koser la ber comolot di bulan ramadhonnn...
hari tu jumpa shah kat bank tuko duit rayo...
rama ...
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 02:02 PM
liza hanim penah cemerlang gemilang terbilang ke..biasanya paling tidak pun lower top 10 je
jerukkedondong posted on 6-8-2013 01:49 PM
mmg rembes nok tp ko caya x gigi dia berkarat..
tp suka tgk hijrah LH...
smoga bahagia till Jann ...
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 02:30 PM
ko bile nk berhijrah..kehuluq kehiliaq dok pakai sluar pendek..perasan amoi la konon...celah lutut ...
jerukkedondong posted on 6-8-2013 02:57 PM
aku dah lama berhijrah...
aku perasan amoi ok lg..ko tu perasan pakwe cikgu ayu...
cikgu ayu ken ...
myakayina posted on 6-8-2013 03:37 PM
lagu Gelisah Mimpi dia nyanyi tu berhantu betul bagi aku..klu tak takkan dpt vokal terbaik kt AJL du ...
ADVERTISEMENT