Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan baru sahaja menimang cahaya mata, namun nama yang menjadi pilihan untuk bayinya itu telah menjadi perbualan hangat di media sosial. Pasangan pelakon popular Bollywood itu telah memilih nama Taimur Ali Khan Pataudi, sempena pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame yang dipercayai bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi. Sebaik sahaja nama itu diumumkan, media sosial dihujani tweet dan status yang mempersoalkan nama bayi berkenaan. Walau bagaimanapun menurut laporan indianexpress.com, pelakon Rishi Kapoor iattu bapa saudara Kareena Kapoor mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. "Tahniah kepada Kareena dan Saif! Terima kasih kepada semua ucapan, akan menyampaikannya," kata aktor veteran itu dalam Twitter. Adik Saif, Soha pula tweet, "Keluarga kami amat gembira. Taimur Ali Khan Pataudi cukup comel dan kedua-dua ibu dan anak sihat!" Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah, turut mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu. Abdullah berkata, sebagai ibu bapa, Saif dan Kareena berhak memutuskan nama anak mereka. Dalam akaun Twitter, beliau menulis: "Orang yang berhak memutuskan nama bayi ialah ibu bapanya. Mengapa orang lain hendak masuk campur?" Biasalah, lumrah menjadi artis, pasti semua yang dilakukan pasti mendapat komen dan kritikan. Apa-apa pun semoga anak itu membesar dengan sihat dan sejahtera. -CARI
|
26
Bagus |
32
Marah |
40
Terkejut |
32
Sedih |
30
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 23-12-2016 07:35 PM
teruknya muka kareena kapor nape tak pakai filter IG?
ADVERTISEMENT