Boleh dikatakan hampir semua orang pada zaman sekarang mempunyai tabiat melihat telefon pintar sebelum tidur, tidak kiralah samada berbalas mesej dengan keluarga dan rakan atau memeriksa akaun media sosial masing-masing. Namun sebenarnya tabiat ini adalah sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan buta sementara akibat terlalu kerap menggunakan gajet dalam ruangan yang gelap. Sebuah kajian dari The New England Journal of Medicine, cahaya terang dari telefon mensabotaj penglihatan mata kita.
Terdapat banyak kes pesakit yang kehilangan penglihatan di mata sebelah kanan akibat perbuatan ini. Ada juga yang kehilangan penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun tidur di pagi hari. Dari kes ini, para pengkaji telah membuat kajian dan punca kedua-duanya berlaku adalah akibat tabiat mereka yang menatap telefon bimbit sambil berbaring sebelum melelapkan mata di malam hari. Ini terjadi ketika berbaring sambil melihat telefon, anda cenderung melihat dengan satu mata sementara sebelah mata pula tertutup dengan bantal. Tidak sangka perbuatan yang kita lakukan setiap hari boleh menyebabkan kecederaan teruk pada mata. Jadi mulai saat ini, cuba kurangkan melihat telefon sebelum tidur ya. -CARI
|
20
Bagus |
17
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
27
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tayam replied at 23-12-2016 03:59 PM
kena ubah tabiat..selalu sebelum tido main tepon dlm gelap..teruk betul
AlienGurlz replied at 26-12-2016 06:35 PM
Kalau nak tengok, pastikan buka lampu.Bapa saudara aku rosak mata sebelah dia gara2 main hp dalam ...
armin replied at 24-12-2016 05:50 PM
Ada jugak buat. Tp iphone ada night shift. Pastu lowerkan lg night shift tu biar betul2 gelap
ADVERTISEMENT