CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Inilah Hasilnya Bila 'Sapuan' Nutella Dijadikan Sebagai Pewarna Rambut!

21-12-2016 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12016| Komen: 44|Original author: Oleh: Adib ZA


Siapalah sangka Nutella bukan sahaja dijadikan bahan sapuan enak pada roti, malah ia kini boleh disapu pada rambut sebagai pewarna rambut!


Ya, memang mengejutkan namun seorang beauty blogger, Huda Kattan telah melakukan 'kerja gila' itu dan membuktikan melalui sebuah video di laman Instagram miliknya. 

Wanita ini mendapatkan rawatan mewarnakan rambut menggunakan Nutella itu di salun Aded & Samer yang popular di Dubai. 


Dari segi tekniknya, ia agak sederhana dan tidak terlalu sukar. Rambut Huda disapukan dengan Nutella dan ia diberi 'sentuhan' susu pekat. (Haha!) Kemudian ia dibungkus dengan kertas timah untuk beberapa jangka masa.

Hasilnya, rambut wanita ini bertukar menjadi warna caramel yang sangat lembut dan bersinar. Mengagumkan! Namun, berapa lama agaknya warna tersebut bertahan?


Penata gaya, Abed berkata kepada Metro.co.uk, "Ia bergantung kepada rambut. Jika anda mahukan warna caramel yang lembut, ia boleh bertahan sehingga dua tiga minggu.


"Namun, jika anda mahu rambut yang lebih gelap atau perang gelap, Nutella harus dibiarkan lebih lama pada rambut dan warna yang terhasil juga bertahan lebih lama," ujarnya.  

Lebih mengasyikkan, bahan dalam Nutella ini membantu rambut menjadi bersinar. Hebat, bukan? - CARI 

Foto: Carian google
27

Bagus
28

Marah
31

Terkejut
32

Sedih
23

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 21-12-2016 07:26 PM
Kenot brain this
Quote cicicumel 21-12-2016 07:28 PM
Tak bersemut ke
Quote doublethread 21-12-2016 07:48 PM
Sayang oi nutella letak kat rambut. Baik la scoop masuk mulut
Quote robinmosby 21-12-2016 08:01 PM
Maknanya pewarna yang digunakan tu ok ke tak tu untuk dimakan?
Quote prettyuglybabe 21-12-2016 08:12 PM
dari sapu kat rambut, baik sapu kat roti..
perut pun kenyang..
pewarna rambut lagi murah kot dari nutella
Quote SalenaGomez 21-12-2016 08:17 PM
prettyuglybabe replied at 21-12-2016 08:12 PM
dari sapu kat rambut, baik sapu kat roti..
perut pun kenyang..
pewarna rambut lagi murah kot dari  ...

Org areeebbbs biasa laa bila dah kaya..makanan pon sapu kat kepala   ngekkk
Quote insulin 21-12-2016 08:37 PM
Membazir makanan jah. Aku kalau nak beli nutella ni pun fikir banyak kali.
Quote mzzenma 21-12-2016 09:12 PM
Sapu taik je kat kepala pun okeh
Dapat juga lah colour ala caramel tu..kalu nasib baik mungkin boleh jumpa emas platinum tungsten etc

Membazir ja..benda makanan buat gitu. Negara lain perang sana sini tak cukup makan kau ambil nutella sapu kat rambut
Quote FARRAZOOL 21-12-2016 09:19 PM
So membazir....
Quote CiliPadiSedap 21-12-2016 09:51 PM
water color kan ada . napelah membazir coklat kesayangan akak ni. membazir sahabat achong atheis tau
Quote cewekbopot 22-12-2016 08:52 AM
harus enak rambut dia ni
Quote matchstick 22-12-2016 09:34 AM
kulit kepala x jadi melekit or berminyak ke
Quote makton 22-12-2016 09:42 AM
makna nya nutella ada bahan pewarna ke?
Quote RatuDunia94 22-12-2016 10:25 AM
Siyesly mmg cantik warnanya..
Quote mdhelmi 22-12-2016 12:09 PM
btola tu
kat ingredient pon ada tulis pewarna yg dibenarkan
Quote Artemesiaa 22-12-2016 01:10 PM
Macam2 hal dengan nutella pun jadi
Quote red_cattleya 23-12-2016 02:23 AM
makanan dibazirkan gini..dah lah sedap..
Quote BebeQ 23-12-2016 09:01 AM
apa akan jadi bila nutella tu dimakan hari2 pulak. organ dalaman badan warna caramel juga?

aku tak penah makan nutella ni tapi tadi tengok ada jual dekat 7-11 yang hok kecik macam jem hotel tu, rm1.50 harganya. pun masih belum teringin nak try.
Quote samperit 23-12-2016 11:17 AM
dah lah nutella mahal..membazir no 1 arab ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113593 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top