CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Psiko, Netizen Ini Kongsi Pengalaman Ditipu Penyewa Rumah Tak Tahu Malu

21-12-2016 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9871| Komen: 30|Original author: Oleh: Maly Rosli

Sudahlah 'liat' nak bayar sewa rumah satu hal, bil air dan elektrik pula tak pernah dibayarnya. Bila disuruh keluar dari rumah, buat tebal muka pula. Apa jenis penyewa rumah macam ni?


Baru-baru ini seorang netizen berkongsi pengalamannya di laman sosial Facebook selepas ditipu penyewa rumah biadap sehingga memaksa tuan rumah mengambil tindakan undang-undang.


Menurut netizen itu, sebelum sebelum itu penyewa tersebut merayu mahu masuk awal sebulan ke rumah sewa berkenaan walaupun gril, lampu dan kipas masih belum dipasang lagi. Apabila berlaku masalah pemasangan, boleh pula penyewa itu yang 'naik hantu' kerana kerja pemasangan ditangguh.


Bukan sahaja mereka lambat membayar sewa rumah, malah dua bulan seterusnya mereka langsung tidak membuat pembayaran. Lebih menyakitkan hati tuan rumah, bil air dan elektrik juga diabaikan. Apabila ditanya, mereka beri alasan tidak munasabah.

Tuan rumah yang sudah berang dengan sikap penyewa yang acuh tak acuh itu memutuskan untuk memberi notis keluar rumah, namun apabila cukup masanya penyewa itu tetap buat tak tahu saja sehinggalah pihak polis campur tangan.




Bekas penyewa tak tahu malu itu bagaimanapun bertindak lebih agresif apabila membaling cat pada pagar dan pintu gelangsar kaca rumah tersebut beberapa hari kemudian selepas rumah itu dikemas dan dibaiki.



Tuan rumah yang hilang sabar memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah untuk 'mengajar' bekas penyewa tak tahu malu itu.

Perkongsan itu mendapat perhatian daripada  ramai netizen. 


Sumber foto: Facebook

Sesiapapun akan hilang sabar jika berhadapan dengan penyewa bermasalah sebegitu. Bersabarlah ya. - CARI

17

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 21-12-2016 04:56 PM
adui... berapa lama sewa tak bayar bil api air langsung
ada jugak orang wayar putus camni
simpati dengan pemilik rumah
Quote prettyuglybabe 21-12-2016 05:30 PM
hadui.. baca cerita gini risau pulak..
Quote matchstick 21-12-2016 05:31 PM
tertarik dgn komen akak tudung awning pink tu...
penyewa umah dia buat apa dgn starter lampu tu..bnda tu murah je. goreng buat kudapan ke
Quote bellaa 21-12-2016 05:31 PM
rumah macam kazen aku beli je. kat area klebang putra, chemor perak.

monthly baru 500++ x kan x mampoo nak bayar.
Quote mrizumi 21-12-2016 05:33 PM
Ada member aku kata..dia dpt pnyewa org mcm ni jgk la..liat nk bayar..family yg jd pnyewa..sampaikn member aku babitkn polis..then member aku xbg la myewa dh..dikopak cermin yg lekat dlm bilik air tu ambil skali time dia kluar..mcm2 org ni..
Quote amyza 21-12-2016 06:00 PM
Tak faham ada manusia camni,masa bagi kunci nampak elok perangai. Dah ler lari camtu umah mcm tongkang pecah dgn bil letrik/air tak bayar. Kena renovate umah dgn tingkap/pintu nak terkopak. Serik nak bg sewa.
Quote Artemesiaa 21-12-2016 06:03 PM
Ramai je yang cam ni sekarang sebab tu kena selidik dulu background dia sebelum bagi sewakan.  Lagi elok buat perjanjian betul2 bukan sekadar perjanjian cakap2 mulut je demi mengelakan kejadian cam ni berlaku.
Quote alieyrina 21-12-2016 06:26 PM
Ehh sebijik dgn pemulaan aku kena..janji masuk bulan lain..tiba2 nak awal..jenuh aku p korek duit bagai nk psg meter..air..grill..wiring lg..benda2 basic bagai..

Last2 dia kata aku buat lambat so x jadi sewa..ok legaa...duit memg x berapa ada lps dpt umah..ingat buat sikit2..habis kelam kabut ..ewww
Quote batmana 21-12-2016 07:10 PM
Org melayu..dh kna tipu.xnk release details dajal tu...konsep redha je la..

Pi la expose..biar satu malaya blacklist dia..bila nama msuk google cache..lagi 100 tahun belum tentu bole padam.

Quote missinpiece 21-12-2016 07:10 PM
Org sewel ni kadang elok je kt luar. Kita x duga pon perangai boleh jd teruk camtu. Dah menyewa buatla cara menyewa.
Quote liyamariska 21-12-2016 07:22 PM
ai bersimpati dgn tuan rumah dpt penyewa sewel sebegini...

Quote manjalara_01 21-12-2016 07:22 PM
missinpiece replied at 21-12-2016 07:10 PM
Org sewel ni kadang elok je kt luar. Kita x duga pon perangai boleh jd teruk camtu. Dah menyewa buat ...

boleh x samekan dgn some people masa sebelum & selepas kawin
bile belum dpt ape yg die nak baik je, skali dah dpt baru la kluar true colours tu
Quote missinpiece 21-12-2016 07:26 PM
manjalara_01 replied at 21-12-2016 07:22 PM
boleh x samekan dgn some people masa sebelum & selepas kawin
bile belum dpt ape yg die nak baik j ...

Haha tepat sekali persamaan  
Quote lasagnaklcc 21-12-2016 08:15 PM
Ada penyewa kedai ayah saya dia tampered letrik. Bila dah kantoi dgn TNB blh ckp ada org dengki kat dia. Jadah apa org dengki bagi ko bayar kurg. Bongok punya cikgu (dia je) :
Quote merrissa 21-12-2016 10:40 PM
sapa suh x buat credit check time time cari penyewa...main sapu je....hadap laaa penyewa perangai mcm setan....
Quote WhiskeyScotch 21-12-2016 11:39 PM
Jijiknya perangai penyewa. Tak bertamadun sungguh.
Quote net_level 22-12-2016 02:19 AM
yg penting ada surat perjanjian sewa mati setem tu..
senang apa2 hal nak rujuk mahkamah
Quote jazaa100 22-12-2016 08:17 AM
Penyewa rumah aku klu dia lambat sikit, aku 'jentik' dia....remind yg dia sepatutnya kena byr setiap brp haribulan....

Dulu aku senyap, eh...naik lemak le pulak..tetiap bln byr lambt...sejak tu klu lambat je, aku 'jentik' le......

Quote CrowneGlory 22-12-2016 01:46 PM
takde la aku nk pening buat bisnes sewa2 rumah ni... majoriti semua kasi pening..kalau dorg jenis beringat dan senang takde dia dok menyewa memanjang...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.249825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top