Kisah Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7 Shah Alam menjadi tular di media sosial sejak September lalu hingga membuatkan gerai nasi lemak tersebut tidak pernah lekang dengan pelanggan terutamanya kaum lelaki.
Selain keenakkan nasi lemaknya, populariti Nasi Lemak Anak Dara mula mencanak-canak naik di media sosial kerana keayuan wajah penjual dan pemilik perniagaan nasi lemak itu, Siti Hajjar Ahmad. Penangan Nasi Lemak Anak Dara "bukanlah biasa-biasa" kerana Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun sanggup datang ke gerai nasi lemak tersebut bagi menyerahkan borang permohonan lesen penjaja selepas gerai milik Siti Hajjar disaman oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak mempunyai lesen penjaja.
Kisah populariti Nasi Lemak Anak Dara tidak terhenti di situ sahaja, apa yang lebih memeranjatkan apabila Nasi Lemak Anak Dara turut disebut dalam ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. “Terkini pula, saya dapat tahu,... telah viral tentang Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari universiti tempatan. Kasihan, katanya, dah kena saman pula,” kata Datuk Seri Najib Razak, sambil tersenyum, ketika menyentuh masakan-masakan popular di negara ini ketika ucapan Bajet 2017 pada Oktober lalu. Selepas kisah Nasi Lemak Anak Dara meletup-letup selama beberapa bulan di media sosial, kini kisah seorang penjual cendol berwajah kacak dan berbadan sado pula mula tular sejak beberapa hari lalu. Beberapa keping gambar penjual cendol ini dimuat naik Farah Liyana menerusi akaun Twitternya semalam dan menjadi viral sehingga mendapat lebih 10,000 perkongsian. Bukan sekadar kacak bergaya, malah penjual cendol di Ipoh Perak itu mula menjadi bualan hangat di kalangan netizen kerana keenakkan cendolnya yang sangat memuaskan hati pelanggan. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abang kacak penjual cendol ini akan lebih murah selepas ini. Apa yang anda boleh ambil pengajaran dari dua kisah yang viral ini adalah mengenai kegigihan dan sifat pandai berdikari yang ada pada mereka berdua. Walaupun mereka kacak atau cantik, mereka berdua tidak sesekali memilih pekerjaan. Tabik! - CARI |
20
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
29
Sedih |
21
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wnwa05 replied at 20-12-2016 05:24 PM
taste apa minah tu cakap macam tu hensem? kalau macam tu hensem, kat kilang aku ni bersepah la hen ...
ADVERTISEMENT