Mungkin terdapat segelintir kaum wanita menganggap memakai tudung adalah satu fesyen. Malah, sampai tak tahu yang dipakainya itu tudung atau apa, dek kerana rupanya yang pelik.
Laman sosial Facebook Persatuan Makcik Puaka semalam memuat naik tiga keping gambar memaparkan wanita bertudung tetapi menampakkan sedikit bahagian dadanya serta barang kemas yang dipakainya sekali gus menjadikannya topik hangat dibincangkan di laman sosial. Tindakan itu bagaimanapun dikesan tuan punya badan yang kemudiannya menghantar mesej menerusi 'Inbox' kepada akaun Facebook berkenaan yang mendakwa akan menuntut keadilan ke atas tindakan 'geng makcik puaka' tersebut yang menyebarkan gambarnya tanpa kebenaran. Kita tak tahu niat sebenar wanita itu memuat naik gambar sedemikian di akaun Facebooknya. Tapi ada juga salahnya kerana dia memburukkan imej wanita bertudung lain yang sempurna pemakaiannya dan tertutup aurat. Mungkin wanita berkenaan terlalu marah sehingga menggunakan bahasa kasar, namun sikapnya itu turut menyumbang kepada imej negatif wanita bertudung. Manakala Persatuan Makcik Puaka pula mungkin hanya berniat menyampaikan mesej supaya setiap Muslim menutup aurat dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika niat hanya untuk memalukan, memang salah lah tindakannya memuat naik gambar berkenaan dengan status yang kurang sedap didengar. Apa-apapun, setiap Muslim tak kira lelaki mahupun perempuan seharusnya menunjukkan contoh dan imej yang baik dari segi pemakaian yang menutup aurat. - CARI
|
31
Bagus |
43
Marah |
21
Terkejut |
26
Sedih |
23
Lawak |
47
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 16-12-2016 11:55 AM
"bukit berantena"
memang puaka betul mulutnya
tapi aku sokong ko makcik
ADVERTISEMENT