Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pembekal minyak kapal terbang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan lima keping cek bernilai lebih RM300,000 milik syarikatnya, hujung tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Seri Anuar Ghazali, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan lima keping cek berjumlah RM306,000 milik syarikat CarrierCorp Petroleum Sdn. Bhd. Perbuatan itu didakwa dilakukan di syarikat tersebut di D-09-10, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara antara pukul 8 pagi dan 5 petang, 26 November hingga 23 Disember tahun lalu. Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan. Hakim Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Januari depan untuk sebutan semula kes.- CARI
|
17
Bagus |
16
Marah |
26
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT