Selalu bila kita minta tips atau petua, pasti apa yang disampaikan sudah biasa atau 'cliche' kita dengar. Namun, kali ini tips yang diberi bakal membuatkan anda fikir ianya agak janggal atau pelik tapi sebenarnya amat berkesan dalam merawat atau menyelesaikan masalah anda. Jom tengok!
1. Gemuruh Hasil kajian yang dijalankan oleh Dr. Alan Hirsh, iaitu seorang pakar kesihatan manusia menyatakan yang bau epal hijau dapat memberikan ketenangan pada seseorang. Jadi kalau rasa gemuruh, cepat-cepat hidu buah epal hijau. 2. Hentikan pendarahan Kalau tengah memasak dan terluka jari di dapur, gunakan lada. Basuh dulu luka tersebut dan taburkan lada pada bahagian yang terluka. Sekejap sahaja pasti pendarahan akan berhenti. Jngan risau, tak sakit!
2. Elak luka dari jangkitan kuman Sesetengah rumah mungkin tidak memiliki cecair pencuci luka, jadi atasinya dengan hanya menggunakan madu. Sapu madu pada bahagian luka dan balutkannya kerana bahan ini mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan. 4. Demam panas Tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais di bawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais sangat berkesan dalam menyejukkan teras badan. Namun jika suhu semakin naik, dapatkan rawatan doktor dengan segera. 5. Ketagihan rokok Gosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atu gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan membuatkan anda tenang dan tangan sentiasa sibuk. Dah tahu, bolehlah cuba. Ada sesiapa lagi ada tips pelik tapi berkesan? Jom kongsi. -CARI
|
50
Bagus |
44
Marah |
37
Terkejut |
41
Sedih |
35
Lawak |
39
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT