Peminat-peminat drama Korea atau juga Kpopers pasti sangat teruja dengan kehidupan di Korea. Selain meminati selebriti-selebriti Korea yang sememangnya kacak dan cantik, percintaan romantis yang digambarkan di dalam drama-drama Korea pasti membuatkan ramai yang teringin berkunjung ke negara itu mungkin untuk mencari "jodoh"?.
Namun persoalannya, adakah benar kehidupan di Korea Selatan seindah seperti yang digambarkan di dalam drama-drama Korea di kaca televisyen? Seorang wanita bernama Sakinah Omar berkongsi pengalaman mengenai kehidupannya semasa menetap di Korea selama tiga tahun. Katanya, kehidupan di Korea sangat berbeza kerana realiti kehidupan sebenar disana tidak seindah seperti yang digambarkan dalam drama-drama Korea. Selama hampir 3 tahun menetap di Korea, di sini Kina list kan beberapa perbezaan antara drama korea dan realiti yang sebenar:- Dalam drama Korea: Anda dari kelas dan nak balik ke rumah tapi di luar hujan dan anda tak ada payung nak balik rumah, tiba2 ada oppa datang payungkan anda dan dia tolong hantar anda sampai ke rumah. Dalam realiti: Tunggu lah sampai ke malam pun takda orang nak datang payungkan. Balik la redah hujan tu sendiri, basah kuyup pun takda orang nak payungkan kau. Dalam drama Korea: Anda penat balik kerja dan terpaksa berdiri dalam train, tiba2 ada oppa bangun untuk bagi seat kat anda. Anda pun duduk sambil tersenyum2 gembira Dalam realiti: Berdiri lah selama mana pun, selagi takda seat kosong selagi tu lah kena berdiri. Kalau ada seat kosong pun berebut lah dengan orang2 lain siapa dapat dulu dia la yang dapat duduk Dalam drama Korea: Anda tengah jalan2 di bandar tiba2 terlanggar bahu seseorang, mata bertentang mata.. terus masing2 jatuh cinta Dalam realiti: Tengah jalan2 tiba2 terlanggar bahu orang, sikit lagi nak tersungkur. Orang tu terus berlalu pergi tanpa pandang kau pun. Sorry pun takda. Dalam drama Korea: Anda tengah berdiri di dalam bas tunggu untuk turun di next stop. Tiba2 bas break mengejut dan anda nak terjatuh. Tiba2 seseorang sambut anda dari terjatuh.. mata bertentang mata, jatuh cinta lagi.. Dalam realiti: Anda tengah berdiri dalam bas dan driver bas yang bawa mcm orang gila tu tiba2 break mengejut. Anda jatuh tersembam ke lantai bas dan barang2 shopping beg2 anda berterabur, takda siapa tolong kau bangun. Semua tolong tengok je.. kau bangun lah sendiri. Dalam drama Korea: Semua orang cantik2, kulit halus mulus, badan slim tinggi, dan yang lelaki pun cantik2 macam perempuan. Dalam realiti: Indah khabar dari rupa. Semuanya pakai makeup tebal, yang lelaki ada siap pakai BB Cream & lipstick. P/s Semua cerita 'dalam realiti' di atas adalah diadaptasi dari kisah benar yang saya sendiri alami bukan sekali, tapi dah beratus kali. Pengalaman melancong 'seminggu ke korea' dan pengalaman 'tinggal bertahun2 di Korea' adalah dua perkara yang berbeza. Bila melancong memang semua orang layan baik, tapi bila dah jadi part of the community tu anda akan nampak the true colour of the people. Sekian.. Nama pun drama kan pastilah sudah ditambah "perisa" untuk menyedapkan cerita! Jadi buat pengkritik-pengkritik drama tempatan, janganlah terlalu "taksub" dengan kehidupan di Korea serta mengutuk drama tempatan kerana kononnya drama tempatan tidak mengambarkan kehidupan sebenar. Sebenarnya, rakyat Malaysia pun ramai yang romantik, cantik serta kacak (ori). Paling ketara adalah kebanyakan rakyat Malaysia memang sangat prihatin dan suka tolong orang. Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. - CARI |
24
Bagus |
23
Marah |
23
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ciwi1166 replied at 7-12-2016 03:55 PM
tapi gegurls kat malaysia ni kompom dah berair time tngk drama korea.
Super-M replied at 7-12-2016 03:44 PM
ntah,tak pernah terpikir nak berangan hidup dalam drama gitu.tapi masa kat japan dalam jangka masa a ...
Super-M replied at 7-12-2016 03:44 PM
ntah,tak pernah terpikir nak berangan hidup dalam drama gitu.tapi masa kat japan dalam jangka masa a ...
merrissa replied at 7-12-2016 07:11 PM
kahkahkah....
kat korea ritu pon ader je org korea tolong angkat beg sebab dia tgk kitaorg sesa ...
ADVERTISEMENT