CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 15 Sebab Mengapa Garam Bukit Lebih Baik Dari Garam Biasa

5-12-2016 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7889| Komen: 12|Original author: Oleh: Maly Rosli

Anda tahu apa itu garam bukit? Garam bukit adalah garam organik kaya dengan pelbagai khasiat selain bersih dan mempunyai struktur geomatri kristal sempurna.


Sumber foto: http://food.ndtv.com

Menakjubkan! Garam bukit juga mengandungi 84 jenis mineral diperlukan tubuh manusia, yang tidak terdapat di dalam garam biasa. Antara mineral itu termasuklah kalium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.

Garam bukit kini semakin popular digunakan dalam kalangan mereka yang mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan.


Apakah khasiat garam bukit ini?


1. Membantu proses penghadaman
Garam bukit membantu sistem penghadaman serta mengurangkan sakit perut secara semula jadi. Masukkan sedikit garam bukit dan daun pudina segar ke dalam minuman kegemaran anda.

Amalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan membantu mencerna protein kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah pinggang.


2. Meningkatkan kadar metabolisme
Pengambilan garam bukit membantu merangsang metabolisme tubuh dan meningkatkan fungsi tubuh.


3. Menstabilkan tekanan darah



Kandungan kalium yang tinggi dalam garam bukit membantu menstabilkan tekanan darah dengan mengekalkan keseimbangan tekanan darah tinggi dan rendah.


4. Merangsang sistem imunisasi
Kandungan mineral dalam garam bukit sangat membantu dalam memulihkan sistem pertahanan tubuh. Ia mampu melawan bakteria berbahaya dan mencegah dari dijangkiti penyakit.


5. Merawat resdung
Bagi sesiapa yang menderita penyakit resdung dan masalah pernafasan, berkumurlah dengan air yang dicampur dengan garam bukit. Ia dapat membantu melegakan sakit tekak, batuk kering, dan radang tonsil. 


6. Bantu tidur lena 



Garam bukit juga mengawal tahap melatonin, sekaligus menjadikan tidur lebih lena dan segar apabila bangu dari tidur.


7. Mengurangkan berat badan
Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, amalkanlah pengambilan garam bukit kerana ia mengurangkan ketagihan gula dengan mengaktifkan semula insulin, seterusnya mengurangkan berat badan.


8. Kurangkan stres
Jika mahu merehatkan tubuh dan minda untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan anda, berendamlah di dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit.


9. Membersihkan udara



Garam bukit membantu menstabilkan dan mempertingkatkan kualiti udara. Anda hanya perlu meletakkan sebiji lampu garam bukit di dalam bilik untuk menjadikan udara lebih bersih.


10. Menyihatkan kulit
Guna garam bukit untuk membersihkan kulit dan menghapuskan liang tersumbat. Ia juga boleh mengeluarkan toksin dalam tubuh.

Campurkan sedudu garam bukit dengan pencuci muka anda, kemudian cucilah muka anda seperti biasa. Atau, anda boleh jadikannya sebagai skrub badan dengan mencampurkannya dengan madu atau lemon.


11. Mengurangkan edema
Edema adalah kewujudan air yg berlebihan pd ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yg berkenaan kelihatan bengkak. Rendam kaki ke dalam air bercampur garam bukit bagi mengurangkan bengkak.


12. Menyihatkan dan menguatkan rambut


Sumber foto: Carian Internet

Garam bukit akan menyingkirkan kotoran pada rambut tanpa menjejaskan kesuburannya. Cuci rambut anda dengan menggunakan shampu seperti biasa yang dicampur garam bukit.


Ubahlah gaya hidup anda sekarang untuk hidup lebih sihat. Anda mampu mengubahnya. - CARI

44

Bagus
46

Marah
41

Terkejut
37

Sedih
53

Lawak
48

Bosan

Friends Rank (269 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 5-12-2016 06:04 PM
info menarik..thanx cari..
Quote -electrifying- 5-12-2016 06:04 PM
ohh... bru taw...tq for info
Quote sherry70 5-12-2016 07:39 PM
Memang betol garam ni bagus .mahal sikit je dari garam biasa. Saya da guna kan lama da  lebih 8 thn kot bagus nya garam ni  tak semasin   garam  putih yg teramat masin...now senang nak dpt kan . Dulu2 susah sangat2.. cuba2 la
Quote alieyrina 5-12-2016 09:19 PM
Ramai kt ig yg juai gram bukit ni kan..botol kaler hijau tu..
Quote SalenaGomez 6-12-2016 12:18 AM
sherry70 replied at 5-12-2016 07:39 PM
Memang betol garam ni bagus .mahal sikit je dari garam biasa. Saya da guna kan lama da  lebih 8 thn  ...

Agree sherry...now senang nk dpt garam bukit compared dedulu..mahal skit je dr garam biasa...but beli n pakai pon lama..so bbaloi je kalau bertukar ke garam bukit ni
Quote seramado 6-12-2016 07:13 AM
Nk.try la.lampu garam.bukit tu
Quote dekmieDandy 6-12-2016 08:46 AM
dulu pernah baca research, kalau nak dapatkan khasiat garam bukit ni sebenarnya berkilo-kilo kene makan dulu baru ada effect.

sebab kandungan mineral dia sikit je

sama cam garam buluh tu
Quote nut.legacy 6-12-2016 10:06 AM
finally.. dah tau kegunaan garam bukit ni.. bole start mencari
Quote Super-M 6-12-2016 10:18 AM
biasa beli garam bukit organik kat aeon.bahagian barangan organik tu ada jual.kaler pink.tak mahal sangat
Quote sherry70 9-12-2016 11:15 AM
SalenaGomez replied at 6-12-2016 12:18 AM
Agree sherry...now senang nk dpt garam bukit compared dedulu..mahal skit je dr garam biasa...but b ...

I recommended pada banyak teman2, ada yg suka ,yg tak suka pun ada sebab nya meka kata Tak biasa dgn masin nya, gak nya da terbiasa guna garam putih ( now saya tak blh guna  garam putih bab  masin sangat2 ).. mahal sikit tapi guna  nya pun lama, keluarga pun sihat.
Quote mak 9-12-2016 03:12 PM
kat Giant dah banyak jual garam bukit ni....tak mahal mana pun...elok la guna untuk masakan..
lagi pun garam ni tak berapa masin mcm garam putih..
Quote mamapea 9-12-2016 03:43 PM
aku pun dh lama masak pakai garam bukit ni...xde la mahal sgt pun...cuma tmbh 1-2 ringgit jer...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.224481 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top