Pasaran tudung di negara ini diakui memang satu 'lubuk' yang besar. Buktinya saban hari ada sahaja jenama tudung baharu yang dilancarkan dan juga fesyen terkini yang mencuit hati wanita sebagai pembeli.
Begitu juga dengan 'range' harga yang ditawarkan, dari yang semurah RM5 sehelai sehinggalah beratus-ratus ringgit gamaknya. Yang mengagumkan kaum wanita dilihat seolah tak berkira dengan persalinan untuk menutup aurat mereka ini. Mungkin ia satu perkembangan yang baik dan juga positif juga di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Namun, yang tidak enak didengar bila ada yang menjual sehelai tudung dengan harga yang sukar dipercayai. Menerusi satu status yang tersebar di laman sosial, sebuah butik berjaya mencatat sejarah menjual tudung termahal di negara ini!
Harganya? Ibarat sebidang tanah! RM21,600! Memang sukar dipercayai kan! Namun itulah yang berlaku dan telah pun terjual. Mungkin di kalangan mereka yang mampu, tiada masalah langsung namun bila harga sehelai tudung yang boleh didapati dengan harga bawah RM10 dijual begitu mahal, ramai pihak yang hanya mampu menggelengkan kepala. Sambil menyindir, ada di kalangan netizen berkata, "Kain kapan yang ada batu permata ada jual tak?" "Pembaziran berleluasa di akhir zaman ini." Dalam pada itu, ramai juga di kalangan mereka yang berasa kagum dan memuji kehebatan si penjual yang mampu melariskan tudung termahalnya. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda pula bagaimana? - CARI |
11
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 5-12-2016 03:32 PM
kenapa aku x heran pun... teringat tudung hauk juma pun ada org sanggup tukar dgn gelang emas...
...
ADVERTISEMENT