Ingin kelihatan cantik dan melindungi wajah dari kesan cela merupakan faktor utama penggunaan alat solek bagi kebanyakan kaum hawa. Walau bagaimanapun, penggunaan penanggal mekap yang tidak betul selepas menggunakan produk kecantikan akan mendedahkan anda kepada masalah kulit seperti jeragat dan jerawat.
Amalkan lima kaedah penggunaan bahan semula jadi yang mudah dan pantas selain menjimatkan ini bagi menanggalkan mekap. Selain itu, anda juga boleh memanjakan kulit wajah dalam masa sama. Bagus, bukan? 1. Susu Bagi mekap yang susah ditanggalkan, gunakan sedikit susu atau minyak zaitun. Oleskan ke seluruh wajah dan lap dengan tuala muka atau kapas muka. Manakala, bagi menanggalkan mekap mata, celupkan kapas muka ke dalam susu dan lap muka dengannya. 2. Baking Soda dan Madu
Bahan ini sangat mujarab bagi menanggalkan segala jenis mekap. Letak sedikit madu organik ke atas kain bersih dan renjiskan sedikit baking soda. Kemudian, bersihkan wajah anda menggunakan bahan tadi dengan lembut dan bilas dengan air bersih. 3. Minyak Kelapa Minyak kelapa tinggi kandungan lemak tepu yang baik untuk melembapkan kulit. Selain boleh dijadikan pelembap, minyak kelapa juga berkesan bagi menanggalkan mekap. Sapukan minyak kelapa pada kapas dan urutkan keseluruh permukaan wajah dan bilas dengan air. 4. Jus Timun Timun baik untuk melegakan radang kulit atau mengurangkan pertumbuhan jerawat. Kisar sebiji timun untuk dijadikan jus pembersih wajah. Tambah sedikit minyak zaitun atau minyak badam. Rasakanlah kelegaannya menggunakan jus timun ini ketika membersihkan wajah. 5. Wapkan wajah Penuhkan sinki atau mangkuk besar dengan air panas (bukan air didih, ya), dan tadahkan muka anda bagi terkena wap selama beberapa minit. Kaedah ini akan membuka ruang-ruang pori bagi menghilangkan minyak dan kotoran di wajah. Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori tersebut. Mengapa perlu beli bahan penanggal mekap jika bahan mekap sahaja sudah mahal? Gunakanlah bahan semula jadi seperti ditunjukkan tadi. Bukan sahaja menjimatkan, malah muka akan terasa lebih segar dengan penggunaan bahan semula jadi tanpa bahan pengawet. Selamat mencuba! - CARI
|
27
Bagus |
20
Marah |
20
Terkejut |
34
Sedih |
28
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT