Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai Perkhemahan Remaja Unggul didapati hilang di Sungai Chiling, Pertak, Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi. Difahamkan terdapat 47 pelajar menyertai perkhemahan anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak terbabit. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata pihaknya menerima panggilan awam kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada 3.20 pagi. Enam pegawai dan anggota dikerahkan bagi operasi mencari mangsa. "Namun, sehingga kira-kira 11 pagi, dia masih belum ditemui. Gerakan mencari diperluaskan termasuk dengan memohon Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM). Selain itu, unit penyelam bagi bantuan menyelam di dua lubuk air terjun Sungai Chiling, turut dipanggil," katanya kepada Harian Metro.
Kasut sebelah kiri yang dipercayai milik mangsa ditemukan di sekitar kawasan terbabit. Pihak pengurusan perkhemahan dan anggotan keluaraga mangsa sudah pun dimaklumkan tentang kejadian terbabit. -CARI
|
15
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rayray28 replied at 3-12-2016 06:57 PM
How come dia sorg leh hilang?x bersama kawan ke ketika kejadian..jatuh mase nk amik air sembahyang k ...
ADVERTISEMENT