Ekoran dikecam teruk kerana meninggalkan komen mengenai bentuk fizikal artis Hollywood, Ruby Rose yang disifatkan biadap oleh netizen, Janna Nick memohon maaf secara terbuka menerusi akaun Facebook dan Twitter, semalam.
"Saya minta maaf atas kebodohan saya. Saya dah lama mengikuti Ruby sejak dari fizikalnya agak berisi lagi. Saya tak tahu pun terma 'body shaming' iaitu komen negatif mengenai tubuh dan berat seseorang. Sedangkan saya tak bermaksudkan apa-apa pun. "Kalau betul lah saya nak kutuk fizikal seseorang, boleh je saya kutuk sesama artis Malaysia. Saya tak sempurna dan semua orang melakukan kesalahan," kata jelas Janna menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
Dalam pada itu, sempat lagi pelakon ini berseloroh mengatakan dia sepatutnya meninggalkan komen di laman sosial milik Ruby Rose dalam loghat Kedah. Menurut Janna, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan memohon maaf. Selebihnya terserah kepada Tuhan. Dia cuma berharap agar artis tanah air lain tidak terima tempias akibat kesalahannya itu. Panjang lebar juga 'karangan' memohon maaf Janna ni. Biasalah tu, semua orang pasti tak terlepas dari melakukan kesalahan. Yang penting, jadikannya sebagai pengajaran supaya benda sama tak berulang lagi. - CARI
|
11
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
31
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT