Kemaskini 12.15 tengahari Susulan dakwaan Dr Zakir Naik diberi kerakyatan negara ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan hal tersebut.
"Kami tidak memberikan kewarganegaraan secara automatik melainkan jika orang yang dilahirkan di negara ini kepada ibu bapa Malaysia," katanya kepada The Star Online. "Dr Zakir bukanlah personaliti agama yang penting bagi rantau Asia Tenggara, malah kita harus mempunyai model Islam kita sendiri yang bersederhana sesuai dengan budaya sopan daripada penduduk di sini. "Dia lebih kepada budaya India dan Asia-Sentrik tetapi beberapa idea-ideanya boleh digunakan di sini, dan sebab itulah beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Maal Hijrah," katanya lagi. - CARI ------ Benarkah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik telah diberikan kerakyatan Malaysia?
Memetik laporan Hindustan Times, pendakwah itu ditawarkan kerakyatan negara ini ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Malah wakil Zakir Naik telah mengesahkan perkara tersebut dan berkata pendakwah itu kini merupakan warganegara Malaysia. "Sudah menjadi dasar kerajaan Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada penerima Anugerah Kehormat Awam Tertinggi di sini," kata wakilnya menerusi Hindustan Times. Dalam perkembangan terbaru, Zakir Naik dikatakan sedang bersembunyi susulan Yayasan Pendidikan Islam (IRF) beliau telah diharamkan oleh pihak berkuasa India. Beliau juga kini sedang disiasat oleh Agensi Kebangsaan India (NIA). - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
30
Terkejut |
21
Sedih |
21
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanakikan replied at 27-11-2016 07:15 PM
amboi. org lain queue bertahun2 nak dpt kan citizenship dia senang2 je dapat
akusukaq replied at 27-11-2016 07:41 PM
bagus lah , kat sini pun ramai yg tak tau bm, lagu negaraku tp gigih nak mintak kerakyatan..dah lah ...
Mimique replied at 27-11-2016 06:44 PM
Alhamdulillah...takbir..berita sgt baik utk malaysia
Wal..Hal replied at 27-11-2016 07:51 PM
So, kalu mcm tu xsalah diberi kerakyatan msia pd zakir naik kan since he also cant speak malay, y ...
pyropura replied at 27-11-2016 12:05 PM
Kenapa baik?
ADVERTISEMENT