Filem adaptasi novel karya J.K. Rowling, Fantastic Beasts and Where To Find Them membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai banyak perkara yang masih lagi menjadi misteri. Nasib baiklah filem itu akan diteruskan untuk empat siri lagi!
"Pelbagai soalan ditujukan kepada saya mengenai jalan cerita dan watak dalam filem Fantastic Beasts. Jika saya tidak menjawab persoalan itu, ia adalah kerana kita ada empat siri lagi untuk menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran anda!" jelas Rowling melalui laman sosial Twitter. Rowling juga menyatakan bahawa semuanya akan menjadi lebih jelas. Peminat hanya perlu percayakannya sahaja. Sementara itu, penerbit, David Heyman meragui watak utama, Newt Scamander akan kekal dalam kesemua sekuel filem itu. Rowling, bagaimanapun menafikan keraguan David dengan memberi responnya menerusi akaun Twitter. Bagaimana? Pasti anda yang sudah menonton filem itu berasa teruja dan tak sabar menantikan sekuel pertamanya, bukan? - CARI
|
39
Bagus |
31
Marah |
27
Terkejut |
32
Sedih |
24
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina replied at 13-12-2016 03:39 AM
Jk row ni org uk ka us?
kenapa yg ni xdak novel ek..
ADVERTISEMENT