CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Janganlah Makan Bersepah" - Netizen Ini Kesal Dengan Adab Masyarakat Malaysia

25-11-2016 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11229| Komen: 57|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pernah tak anda lihat keadaan di atas meja makan terutama di restoran makanan segera? Kebanyakannya berada dalam keadaan bersepah. Lebih sadis apabila sampahnya dibuang merata-rata sehingga ke bawah meja.




Seorang netizen bernama Fikri Zul Ain meluahkan kekesalannya mengenai sikap masyarakat di Malaysia ketika makan di restoran makanan segera.

Mana tidaknya, sudahlah tidak berkemas, berterabur pula tu di atas meja sehingga ada juga yang terjatuh di lantai.



Netizen ini menyeru orang ramai agar berfikiran terbuka untuk meringankan beban pekerja. Tak rugi apa pun, hanya masukkan sisa makanan dan sampah seperti tisu yang digunakan ke dalam pinggan atau dulang makanan. Cara kita makan juga menunjukkan keperibadian kita, jadi tak salah kalau kita membantu sesama kita selain beramal. Tak begitu?

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen lain yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Fikri itu. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman bekerja di restoran makanan segera selain berkongsi pengalaman sendiri makan di luar.



Bagaimanapun, tidak semua berfikiran positif. Ada juga netizen yang disifatkan berfikiran sempit dengan menganggap tugas mengemas adalah tanggungjawab pekerja restoran. Kenyataan negatif itu bagaimanapun berjaya ditangkis netizen lain yang bersikap lebih terbuka.


Sumber foto: FB Fikri Zul Ain

Slogan 'customer is always right' sepatutnya boleh digunapakai hanya jika pelanggan itu berada di 'jalan' yang betul. Jika mahukan perkhidmatan yang bagus, pelanggan juga harus memainkan peranan yang sepatutnya. - CARI
32

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
27

Sedih
18

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 25-11-2016 12:14 PM
hallo, kalau konsep fast food resto, dah makan, bersih dan kemaskan sndiri ya...takde istilah pekerja tu kemas....
Quote krustykrab 25-11-2016 12:24 PM
tu la pasal...agaknya yg suka bersepah sepah ni kt rumah tu nauzubillah lagi teruk kut...

Quote jazaa100 25-11-2016 12:36 PM
kentel replied at 25-11-2016 12:14 PM
hallo, kalau konsep fast food resto, dah makan, bersih dan kemaskan sndiri ya...takde istilah pekerj ...

Kau ingt semua org akn buat mcm tu ke?...

Aku kekdg tgok...pompuan tu cantik kemain....nmpak wangi...tapi bila lepas mkn dia tgalkn mcm tu je...dlm hati aku kata - 'sayang...rupa cantik....'..


Quote jazaa100 25-11-2016 12:38 PM
Klu 5 meja yg mkn...ada lah satu meja je yg akn kemaskn...

Kekdg bila dorang tgok aku angkat tray pi hantar kt tempat letak tray tu...ada gak yg buat muka heran....especially kfc kat kg.....
Quote pearl.silver 25-11-2016 12:39 PM
Kne wat dah kempen clean your own table kt fast food restoran ni
Baideway..fast food restoran xde servis caj kan..sbb dia layan diri..
So patut meja pun bersihkn sendiri..
Quote weezerfan 25-11-2016 12:49 PM
Mohon fast food apply service charge 10%...

Ke aku je xtau mekdi dan kfc ni mmg ada service charge?

Nk didik masyarakat zaman sekarang kena didik dgn duit...
Quote robinmosby 25-11-2016 12:53 PM
Betul tu. it definitely shows your upbringing. Apa salahnya lepas makan kemas elok elok letak balik dalam dulang tu. nampak sangat kau kat rumah mak yang buat semua
Quote fishcracker 25-11-2016 01:10 PM
kalau ade budak kecik makan memang bersepah..
Quote unhas 25-11-2016 01:42 PM
Orang2 hisap rokok, orang2 yang buang sampah merata, orang yang makan sepah, dan orang yang kencing berak tak flush, aku saspek ada part dalam brain diorang yang tak activate sehingga kepala hotak mereka takleh proses terhadap kesedaran sivik. Mungkin neurologist boleh buat kajian dan sape tau boleh dpt phd atau profesor dengan kajian ni.
Quote kentel 25-11-2016 01:51 PM
jazaa100 replied at 25-11-2016 12:36 PM
Kau ingt semua org akn buat mcm tu ke?...

Aku kekdg tgok...pompuan tu cantik kemain....nmpak wa ...

rupa cantik, mentaliti kepam
Quote nononcrux 25-11-2016 02:00 PM
unhas replied at 25-11-2016 01:42 PM
Orang2 hisap rokok, orang2 yang buang sampah merata, orang yang makan sepah, dan orang yang kencing  ...

jenis mcm ni mmg napak dia punye pemalas kan
Quote munchkin 25-11-2016 02:10 PM
Ye setuju. Kalau tak nak angkat pun letak semua elok elok dalam tray supaya senang pekerja buat kerja.

Mmg mentaliti masyarakat kini kagun ngan penampilan hijabistaik. Kagum shawl makeup bagai. Tapi kalau tengok bilik rumah not fit for human pun.
Quote missDollie 25-11-2016 02:59 PM
Jangan kata kat fast food je..kat kedai makan kalo yang tinggal tulang2, sisa yang lain atas meja memang aku geli..harus aku tapau je..memang jenis selekeh ni makan kat mana pun sama je..
Quote syadq 25-11-2016 03:01 PM
Boleh lah diprektiskan sekarang utk bersiap-sedia menjadi ummah negara maju yach
Quote xtravaganza 25-11-2016 03:04 PM
Nk buat mcmana.. ramai pon mmg jenis pemls..
Quote xyhxxy 25-11-2016 03:13 PM
mmg patot la kena kemas sendiri kalau makan bersepah mcm  longkang pecah ahhahahahaha
Quote xyhxxy 25-11-2016 03:14 PM
tp dikecualikan bg budak2 kecik. dorang makan mmg bersepah skit.
Quote evlinne 25-11-2016 03:35 PM
jazaa100 replied at 25-11-2016 12:38 PM
Klu 5 meja yg mkn...ada lah satu meja je yg akn kemaskn...

Kekdg bila dorang tgok aku angkat tray ...

Eh memang haram kdg2 orang yg pandang kita kemas dan letak tray kt tempat buang sisa2 makanan tu. Macam hina gila. Walhal dorang lg hina, berpakaian cantik tp mentaliti zizik.

Wpun iols tak jejak oversea, tapi iols tahu adab buang dan kemas tray sendiri. Kesian tengok pekerja2 ni kena kemas sisa2 kita.    
Quote evlinne 25-11-2016 03:37 PM
xyhxxy replied at 25-11-2016 03:14 PM
tp dikecualikan bg budak2 kecik. dorang makan mmg bersepah skit.

Then penjaga, parents or maid kenalah kemaskan. Nak expect pekerja kedai tu jugak ke? Dasar pemalas. Tahu beranak je      

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.105613 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top